KUALA LUMPUR – Pendedahan bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berhubung kemasukkan cincin berlian bernilai RM24 juta yang dikaitkan dengan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menunjukkan isu itu hanyalah satu ‘drama’ untuk menjejaskan reputasi Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas Pesuruhjaya SPRM dedah Najib, Rosmah disabotaj isu cincin RM24 juta |
Video berdurasi tujuh minit 21 saat itu dipercayai dirakam pada tahun 2011 ketika Abu Kassim masih mememang jawatan nombor satu SPRM. Namun demikian, video berkenaan hanya dimuatnaik dalam laman YouTube pada 25 Julai lalu.
Beliau yang juga Ketua Pengarah Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC) mendedahkan bekas Perdana Menteri itu terpaksa menolak permintaan Kesatuan Kastam untuk bertemu dengannya berhubung siasatan ke atas 62 pegawai kastam yang ditahan dalam Operasi 3B melibatkan kes pengubahan wang haram atas arahannya.
ARTIKEL MENARIK: Equanimity tersangat mewah, tidak dibuka untuk orang ramai – Mahathir
Sebelum itu, katanya, kesatuan ada bertemu dengan Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memujuk beliau agar menggugurkan dakwaan terhadap pegawai kastam yang disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang itu.
“Saya yang nasihatkan beliau (Najib) agar jangan berjumpa kerana kita perlu pertahankan integriti dan tindakan kita dalam siasatan terhadap kastam (melalui Operasi 3B),” katanya.
“Tiada siapa dalam negara ini akan tahu (tentang cincin itu) jika pegawai kastam tidak mengambil dokumen tersebut dan edar kepada pihak lain,” katanya dalam satu majlis ucaptama yang dihadiri oleh pegawai SPRM.
Sebelum ini syarikat yang memiliki cincin itu sendiri telah menjelaskan secara terperinci bahawa cincin itu tidak pernah dibeli oleh Rosmah sebaliknya hanya untuk ditontonkan dan diterbangkan kembali ke New York.
Abu Kassim menjelaskan, tidak puas hati dengan Najib, pegawai kastam membocor serta mengedarkan borang kastam 1 yang menunjukkan barang masuk ke dalam negara tetapi tidak mendedahkan borang kastam 2 iaitu untuk barang yang keluar daripada negara.
“Dalam siasatan kita, kedua-dua borang itu ada, tetapi yang dihebahkan hanyalah borang kastam 1. Niatnya untuk membalas tindakan Perdana Menteri (ketika itu) kerana membiarkan SPRM mengambil tindakan tegas terhadap kastam,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE
“Dalam siasatan kita, kedua-dua borang itu ada, tetapi yang dihebahkan hanyalah borang kastam 1. Niatnya untuk membalas tindakan Perdana Menteri (ketika itu) kerana membiarkan SPRM mengambil tindakan tegas terhadap kastam,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE
Post a Comment