Lapor Harian Metro, TUN Dr Mahathir Mohamad menegaskan masih belum tiba masanya untuk kerajaan menaikkan gaji penjawat awam di negara ini.
'Sekarang Bukan Masa Tepat Untuk Kita Memberi Gaji Lebih Tinggi Kepada Penjawat Awam' - Dr Mahathir |
Perdana Menteri berkata, ini kerana jumlah kakitangan awam yang ada ketika ini adalah ramai iaitu 1.6 juta orang selain faktor kekangan kewangan.
“Sekarang bukan masa tepat untuk kita memberi gaji lebih tinggi kepada penjawat awam.
ARTIKEL MENARIK: Sultan Johor bagi amaran kepada ahli dewan undangan negeri supaya beradab.
“Kami mempunyai prinsip dan tidak dapat melakukan dengan segera. Kami majikan yang besar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi BERSATU di Yayasan Selangor, malam tadi.
Dr Mahathir berkata, peningkatan gaji perlu seiring dengan peningkatan produktiviti.
Selain itu, beliau berkata, kerajaan hari ini perlu menyelesaikan hutang yang ada terlebih dahulu sebelum memikirkan mengenai kenaikan gaji.
“Apa yang boleh saya katakan, prinsipal (mengenai kenaikan gaji) sudah ada, tetapi belum masanya untuk ia dilaksanakan,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir berkata, Ahli Parlimen Pagoh itu kini dalam keadaan baik.
“Beliau bagaimanapun masih memerlukan rawatan lanjut termasuk menjalani kimoterapi,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment