Dakwa ditampar, rupanya nenek bubuh nila sebab beguk

Dakwa ditampar, rupanya nenek bubuh nila sebab beguk

Susulan kejadian guru didakwa menampar seorang murid sehingga leher senget, seorang guru telah tampil membuat laporan polis untuk menceritakan kisah sebenar disebalik kejadian tersebut.

Dakwa ditampar, rupanya nenek bubuh nila sebab beguk
Dakwa ditampar, rupanya nenek bubuh nila sebab beguk

Guru berkenaan, Jan Raafi Jan Mohd berkata, apa yang diceritakan oleh murid itu adalah tidak benar.

“Tiada seorang pun murid yang ditampar atau terlanggar tangan saya. Yang sebenarnya kesan biru itu adalah nila dan cuka yang diletakkan oleh nenek murid tersebut yang dipercayai menghidap demam beguk,” katanya.

ARTIKEL MENARIK: ‘Buat masa ini, transgender mungkin boleh guna tandas OKU’


Tambah Jan Raafi lagi, memang sekarang ini beguk dan HFMD sedang menular di kalangan murid di sekolahnya.

Berikut adalah laporan polis yang telah dibuat oleh Jan Rafi bagi membersihkan namanya.



Cikgu Jan Raafi juga telah mendapat kecaman dari pelbagai pihak, kerana telah diviralkan di media sosial.

Itulah cabaran seorang guru, pelbagai fitnah dan cacian terpaksa ditempuhi.



Sementara itu, ibu saudara ‘mangsa’ enggan meminta maaf kepada guru berkenaan kerana masih menunggu keputusan siasatan pihak polis.

“Maaf ya pihak kami tiada seorang pun meminta maaf kepada cikgu sado tu. Relaks la tunggu press conference boleh tak.. Tunggu kes siasatan polis pastu kita buat PC..,” tulisnya melalui kemaskini Facebook.

ARTIKAL BERKAITAN : 
Guru didakwa tampar murid sampai leher senget

Kredit : Wowberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post