Guru didakwa tampar murid sampai leher senget

Guru didakwa tampar murid sampai leher senget

KUALA LUMPUR – Seorang wanita mendakwa anak saudaranya ditampar seorang guru sehingga mengalami kecederaan di bahagian tengkuk di Kampung Padang, Hulu Langat, dekat sini semalam.

Guru didakwa tampar murid sampai leher senget
Guru didakwa tampar murid sampai leher senget

Wanita dikenali sebagai ‘Diyaa Kaif’ tersebut memuat naik status dalam laman sosial Facebook mendakwa anak saudara lelakinya yang berusia lapan tahun itu ditampar guru terbabit kerana terlanggar tangannya ketika berlari bersama rakan-rakan.

“Difahamkan empat lagi rakan lain turut ditampar cikgu tersebut.

ARTIKEL MENARIK: Bapa spesis LGBT Liwat Anak Perempuan Berumur 8 Tahun hingga cedera


“Sekarang, anak buah saya dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan susulan kerana leher alami kecederaan,” katanya dalam status tersebut.


Guru lelaki yang didakwa menampar murid sampai leher senget







Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. – UTUSAN ONLINE

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post