Dahsyatnya Impak Rempuhan .. Suami Isteri Sehidup Semati 3 Anak Yatim Piatu (8 Gambar)

Dahsyatnya Impak Rempuhan .. Suami Isteri Sehidup Semati 3 Anak Yatim Piatu (8 Gambar)

Johor Bahru : Sepasang suami isteri maut selepas Perodua Kancil dinaiki mereka bertembung dengan treler, dalam kejadian di Parit 1, Api-Api, Pontian.

Dahsyatnya Impak Rempuhan .. Suami Isteri Sehidup Semati 3 Anak Yatim Piatu (8 Gambar)
Dahsyatnya Impak Rempuhan .. Suami Isteri Sehidup Semati 3 Anak Yatim Piatu (8 Gambar)

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang tadi suami isteri ini maut apabila kereta yang dinaiki mereka berlipat menyerupai bola impak rempuhan treler pada kereta mereka.

Mangsa Ahmad Mohd Noor, 49, dan Rohana Kosnan, 46, maut di lokasi kejadian, manakala pemandu treler, Radzi Jaafar, 53, cedera ringan.

ARTIKEL MENARIK: ‘Tolonglah, jangan tangguh projek ini lama-lama’ – Graduan Melayu terlibat dengan ECRL hilang kerja


Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Abdul Sani Mat Jani, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.39 petang tadi.

“Sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota dikerah ke lokasi kejadian dan sejurus tiba ke lokasi kejadian, kedua-dua mangsa didapati tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian.


“Bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” katanya ketika dihubungi.

1.png

2.jpg

3.jpg

4.jpg

5.jpg

6.jpg

7.jpg

Abdul Sani berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.21 petang tadi.

Sementara itu abang Ahmad, Hussin Mohd Nor, 52, berkata mangsa bersama isterinya dalam perjalanan ke pejabat tanah kerana berurusan di Pejabat Tanah Pontian.


Katanya, pasangan itu mempunyai tiga anak lelaki berusia enam hingga 12 tahun dan kali terakhir beliau berjumpa ialah ketika menziarah mereka di rumahnya di Lorong Sulaiman, Kampung Parit Panjang, dekat sini, semalam.

“Sehari sebelum kejadian, saya pergi melawat mereka di rumah. Ketika pertemuan itu, mereka kelihatan ceria dan sentiasa tersenyum. Saya tidak menyangka ia pertemuan terakhir,” katanya.

Hussin berkata, abangnya bekerja sebagai petani dan sentiasa disenangi ahli keluarga termasuk di pihak keluarga isterinya kerana sentiasa bersifat murah hati walaupun berpendapatan rendah.

Kakak Rohana, Zaiton Kosnan, 54, tidak menyangka pasangan sejoli itu meninggal bersama dalam kemalangan itu.

Difahamkan jenazah pasangan suami isteri itu akan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Permatang Palas, Benut, malam ini. Al fatihah.

ARTIKAL BERKAITAN :
(10 Gambar) Suami isteri maut kereta bertembung treler

Sumber: https://www.coretanmedia.net

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post