(10 Gambar) Suami isteri maut kereta bertembung treler

(10 Gambar) Suami isteri maut kereta bertembung treler

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri maut apabila Perodua Kancil dinaiki bertembung dengan treler di KM65.5 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, di sini, petang tadi.

(10 Gambar) Suami isteri maut kereta bertembung treler
(10 Gambar) Suami isteri maut kereta bertembung treler

Kejadian jam 3.35 petang itu telah menyebabkan mangsa, Ahmad Mohd Noor, 49, dan Rohana Kosnan, 46, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Timbalan Ketua Polis Pontian, Deputi Superintendan Azri Noraini berkata, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila treler membrek dan mengelak sebuah kereta yang ingin membelok ke Parit Satu sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta yang dinaiki pasangan suami isteri berkenaan dari arah bertentangan.

ARTIKEL MENARIK: 'Janji Awak Tertunai, Saya Orang Terakhir Bagi Awak'


“Akibat daripada perlanggaran tersebut, pemandu dan penumpang kereta berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pakar perubatan dan telah dihantar ke Hospital Pontian untuk tindakan lanjut,” katanya.




Azri berkata, pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan bedah siasat akan dijalankan di Hospital Pontian.

Beliau berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati keadaan jalan lurus dua hala dan berhampiran dengan simpang.

Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
















Kredit : Wowberita
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post