‘Tolonglah, jangan tangguh projek ini lama-lama’ – Graduan Melayu terlibat dengan ECRL hilang kerja

‘Tolonglah, jangan tangguh projek ini lama-lama’ – Graduan Melayu terlibat dengan ECRL hilang kerja

KUALA LUMPUR: Mengorak langkah berbekalkan impian dan sinar yang menjanjikan masa depan cerah menerusi kerjaya sebagai jurutera landasan rel, akhirnya seakan berkecai apabila perkhidmatan mereka terpaksa ditamatkan esok.

‘Tolonglah, jangan tangguh projek ini lama-lama’ – Graduan Melayu terlibat dengan ECRL hilang kerja
‘Tolonglah, jangan tangguh projek ini lama-lama’ – Graduan Melayu terlibat dengan ECRL hilang kerja

Khabar duka itu lebih memeritkan kerana diterima tatkala baru dua minggu peserta Program Latihan Kemahiran Industri Rangkaian Rel Pantai Timur (PLKI-ECRL) memulakan kerjaya mereka.

Meskipun dibelenggu kesedihan, Nur Nabila Shafiqah Sulaiman, yang menjadi kumpulan kedua peserta program hasil kerjasama Malaysian Rail Link (MRL), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) itu masih menaruh harapan projek ECRL akan diteruskan demi melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan.

ARTIKEL MENARIK: 3 beradik yatim piatu, ibu bapa maut dirempuh treler


“Memang sedih kerana tidak sangka akan diberhentikan begitu saja kerana pada asalnya kami dijanjikan kontrak selama dua tahun selepas mengikuti latihan tiga bulan menerusi PLKI yang dikendali menggunakan kemudahan di UMP.

“Satu saja harapan saya, jangan tangguh projek ini untuk tempoh lama kerana ramai rakan seusia kami yang baru melangkah ke alam pekerjaan, namun diberi peluang menerima pelbagai pendedahan mengenai teknologi kini seakan digantung tidak bertali,” katanya kepada pemberita, kelmarin.

Projek jajaran ECRL sepanjang 688.3 kilometer (km), merangkumi dua fasa pembinaan yang menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor dan Pengkalan Kubor, dekat Tumpat, Kelantan sebelum ini dilaporkan masih akan diteruskan selepas perbincangan semula mengenai kosnya diputuskan kerajaan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pada 23 Jun lalu berkata keputusan itu diambil kerana kerajaan sudah membayar RM20 bilion untuk projek kendalian CCCC berkenaan dilaksanakan, namun ia terpaksa ditangguhkan untuk sementara waktu berikutan negara ketika ini berdepan kekangan kewangan.


Nur Nabila, 24, berkata projek mega itu menjana manfaat dan berupaya menggilap tenaga mahir tempatan, berbanding dakwaan pelbagai pihak yang menyifatkan ia tidak memberi sebarang keuntungan terhadap Malaysia.


“Masyarakat hanya dengar khabar angin, tetapi tidak tahu apa yang jadi di lapangan kerana hakikatnya ramai pekerja dalam projek ini adalah kalangan warga tempatan, malah majoriti mereka berusia sekitar awal 30-an.

“Oleh itu, ECRL menyediakan pelbagai peluang untuk kami sebagai golongan muda menimba ilmu, termasuk mempelajari teknologi digunakan China dalam pembinaan jambatan, landasan, bangunan dan sistem rel.

“Buat sementara waktu, saya terpaksa mencari pekerjaan sementara, namun bertekad akan kembali berkhidmat untuk menyiapkan projek ECRL kerana ia mempunyai nilai ‘sentimental’, selain bakal terpahat dalam sejarah negara kerana berupaya melonjak sektor sosioekonomi Pantai Timur,” katanya yang menamatkan pengajian dalam Ijazah Kejuruteraan Sivil di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Januari lalu.

Graduan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Muhamad Faisal Sabri, 25, yang turut terkesan dengan langkah penangguhan projek itu terpaksa memanfaatkan pampasan diberikan CCCC selama sebulan gaji untuk beralih ke ‘pelan B’ bagi memastikan dirinya tidak terus menganggur.

Bagaimanapun, anak sulung daripada enam beradik ini menyuarakan tekad sama untuk kembali bekerja dengan CCCC dalam menyiapkan projek ECRL kerana kerjaya sedemikian disifatkan peluang keemasan bagi mengembangkan kemahiran dan pengalaman.

“Saya perlu cari kerja lain, tetapi akan kembali berkhidmat dengan CCCC kerana percaya pembinaan ECRL demi manfaat penduduk Pantai Timur ini akan diteruskan, selaras kemajuan projek di seksyen tujuh iaitu di Bentong kini hampir 30 peratus,” katanya.

Wowberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post