Hutang PTPTN hampir menyamai kerugian 1MDB

Hutang PTPTN hampir menyamai kerugian 1MDB

Hutang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hampir sama banyak dengan kerugian yang dialami 1MDB, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hutang PTPTN hampir menyamai kerugian 1MDB
Hutang PTPTN hampir menyamai kerugian 1MDB

“Itulah jumlah wang yang belum dibayar kepada kerajaan atas apa yang dibelanjakannya untuk memberi pendidikan yang baik dan seterusnya peluang kerja dan pendapatan yang lebih cerah,” kata beliau, dipetik laporan The Star.

1MDB menimbunkan hutang sebanyak RM42 bilion sebelum pentadbiran terdahulu cuba untuk mengawal kerugiannya pada 2015.

ARTIKEL MENARIK: Bahana minum kopi campur peluntur


Walaupun pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa proses rasionalisasi hutang 1MDB sudah dibuat, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendedahkan hutang 1MDB dibayar kerajaan persekutuan secara senyap.


Manakala itu, menangguhkan pembayaran balik hutang PTPTN bagi peminjam yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan merupakan salah satu daripada janji manifesto PH.

Bagaimanapun, dasar ini belum dilaksanakan kerana pentadbiran HARAPAN masih mencari kaedah bagi menunaikan janji ini.

Kredit : Wowberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post