“Saya pun artis, takkan saya nak tipu lot tanah tu” – Amir Pearl

“Saya pun artis, takkan saya nak tipu lot tanah tu” – Amir Pearl

VOKALIS kumpulan Pearl iaitu Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa yang merupakan penaja lot tanah banglo untuk tiga pemenang utama program Gegar Vaganza 4 (GV4) akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses tuntutan hadiah tersebut.

“Saya pun artis, takkan saya nak tipu lot tanah tu” – Amir Pearl
“Saya pun artis, takkan saya nak tipu lot tanah tu” – Amir Pearl

Menurut Amir, dia tidak berniat untuk menipu pemenang kerana dia juga merupakan seorang artis dan kini dalam proses menyelesaikan hadiah yang telah dijanjikan itu.

“Proses penyerahan lot tanah itu lambat kerana syarikat kami iaitu Bina Megah Empire menghadapi sedikit masalah dalaman antara lembaga pengarah dan itulah yang menyulitkan keadaan.

ARTIKEL MENARIK:   Air Minuman Keluarannya Didakwa Punca Pesakit Kanser Meninggal Dunia, Ini Respon Serina


“Saya tak berniat nak menipu mereka dan masalah kelewatan ini akan diselesaikan secepat mungkin.

“Saya berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kes ini dan saya akan pastikan hadiah tersebut sampai ke tangan pemenang,” katanya kepada mStar Online.
  

Amir merupakan penyanyi kumpulan Pearl yang popular pada era 1990-an.

Pada Sabtu lalu, juara GV4 iaitu Aishah mendedahkan dia masih belum mendapat hadiah sebidang tanah lot banglo selepas hampir setahun menjuarai program tersebut.

Aishah turut membangkitkan hadiah barang kemas berupa berlian pemberian Datuk Seri Vida yang dikatakan barangan palsu.

Selain Aishah sebagai juara, naib juara GV4 dimenangi Liza Hanim dan pemenang tempat ketiga ialah Lan Solo. Ketiga-tiga mereka dijanjikan lot tanah selain hadiah iringan sumbangan pihak Astro dan penaja lain.

Sementara itu, Amir yang pernah popular dengan lagu Aku Tak Bersalah pada tahun 1996 memberitahu dia ada berkomunikasi dengan ketiga-tiga pemenang itu dan sudah memaklumkan mengenai kelewatan tersebut.

“Saya ada hubungi Aishah, Liza Hanim dan Lan, mereka sudah dimaklumkan mengenai kelewatan ini dan komunikasi kami baik-baik sahaja.



“Namun, isu ini sudah viral dan saya tak salahkan Aishah dalam hal ini kerana memang mereka berhak menuntut hadiah tersebut.


Juara GV4 iaitu Aishah (tengah), Liza Hanim  (kiri-Naib Juara) dan Lan Solo (tempat ketiga) dijanjikan hadiah lot tanah.

“Insya-Allah, saya akan bertemu serta duduk semeja dengan ketiga-tiganya dan mungkin akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara sebenar,” ujarnya.

Menyedari kesilapan diri dalam menguruskan tuntutan hadiah tersebut, Amir turut memohon maaf kepada ketiga-ketiga pemenang berkenaan.

“Saya minta maaf atas kelewatan pemberian hadiah ini, mereka merupakan rakan industri dan saya ini dikenali ramai. Apabila timbul isu ini, jadi tak sedap pula.

“Kalau nak tahu, syarikat saya turut menaja hadiah serupa kepada pemenang GV3 iaitu Azharina, Siti Sarah dan Zarul Husin.

“Mereka sudah menerima hadiah tersebut, cuma kali ini lambat sedikit atas sebab-sebab yang saya nyatakan itu,” katanya yang tidak keberatan untuk menaja hadiah yang sama dalam program hiburan lain selepas ini.


Amir turut menaja hadiah tanah lot kepada pemenang program GV3. Foto IG: @zarulumbrella

Dalam pada itu Zarul Husin yang dihubungi mStar Online mengesahkan dia sudah menerima hadiah sebidang lot tanah seperti dijanjikan pihak Amir yang terletak di Ijok, Selangor.

Sebelum ini, jurucakap Astro berkata pihak penaja meminta sedikit masa untuk menyelesaikan isu tersebut selain mungkin wujud salah faham.

“Kami difahamkan pihak penaja (Bina Megah Empire) telah meminta sedikit masa untuk menyelesaikan beberapa perkara berbangkit berhubung hadiah penajaan yang berupa tanah lot banglo.

“Besar kemungkinan terdapat sedikit salah faham di antara pihak penaja dan pemenang dari segi tempoh masa untuk melunaskan bahagian mereka dalam perjanjian penajaan tersebut,” katanya.

Sumber: Mstar

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post