(Video) Ada Bau Busuk, Saya Bakar La Sampah Tu, Rupanya Saya Terbakar Mayat Bayi Sekali

(Video) Ada Bau Busuk, Saya Bakar La Sampah Tu, Rupanya Saya Terbakar Mayat Bayi Sekali

Seorang lelaki di Indonesia tidak menyangka tindakannya membakar longgokan sampah yang berbau busuk akhirnya membawa kepada penemuan satu mayat bayi baru lahir yang turut terbakar bersama-sama sampah tersebut.

(Video) Ada Bau Busuk, Saya Bakar La Sampah Tu, Rupanya Saya Terbakar Mayat Bayi Sekali
(Video) Ada Bau Busuk, Saya Bakar La Sampah Tu, Rupanya Saya Terbakar Mayat Bayi Sekali

Menurut Putra, kejadian tersebut berlaku di kawasan Perumahan Muka Kuning Permai II Kurahan Buliang, Kecamatan Batuaji, Batam, pada Rabu lepas.

ARTIKEL MENARIK: Biadap! Remaja 'Posing' Bergambar Selepas Buli Baling Telur, Tepung Pada Wanita OKU..




Ketika kejadian, Putra keluar mahu membuang sampah di kawasan pembuangan sampah tersebut. Dia bagaimana pun yang terhidu bau busuk kemudian bertindak membakar longgokan sampah tersebut. Tidak lama kemudian, dia menyedari terdapat satu bungkusan aneh yang ada bersama-sama dengan longgokan sampah tersebut.

”Bungkusan tersebut bewarna coklat, setelah saya memeriksanya, saya terkejut kerana ada mayat bayi hangus terbakar di dalamnya,” kata Putra.

Putra kemudian turut memaklumkan di segera mencari air bagi memadamkan api pada longgokan sampah tersebut sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan kejadian tersebut.



Berdasarkan laporan portal berita tempatan, pihak polis mendapati bahawa bayi malang itu merupakan anak luar nikah yang dilahirkan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai En, asal Batam yang bekerja di Malaysia.



Wanita itu dikatakan telah mengandung anak tersebut di Malaysia dan pulang ke negara republik tersebut setelah kekasihnya enggan bertanggungjawab terhadap bayi yang dikandungnya itu.

“En merupakan Tenaga Kerja Asing (TKI) dan baru saja balik ke Indonesia melalui jalan Batam. En juga mengakui dirinya hamil sejak menjadi TKI di Malaysia dan ketika sudah sarat mengandung, dia telah kembali ke Indonesia,” kata polis.



Sumber : KompasTribun Batam


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post