Tangan terputus, baju terbelit di tayar motosikal

Tangan terputus, baju terbelit di tayar motosikal

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun terputus tangan kiri selepas pakaian yang dipakainya terbelit pada tayar motosikal yang sedang bergerak, lapor Berita Harian.

Tangan terputus, baju terbelit di tayar motosikal
Tangan terputus, baju terbelit di tayar motosikal
Dalam kejadian jam 9.30 malam tadi di Kampung Binjai Bongkok, Terengganu, mangsa memakai baju sejuk bersaiz besar menyebabkan bahagian baju itu tersangkut pada tayar belakang motosikal yang dinaiknya.

Kejadian itu menyebabkan tangan mangsa tertarik ke dalam rim tayar sebelum terjatuh dari motosikal yang ditunggang oleh ahli keluarganya itu sehingga tangannya terputus.


ARTIKEL MENARIK: Kes Adam Rayqal, Ada Elemen Kecuaian Dibawah Jagaan Pengasuh - Polis


Berdasarkan gambar viral di media sosial, mangsa dilihat dalam keadaan tenang dan masih mampu duduk di lokasi kejadian  sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu oleh keluarnya untuk menerima rawatan. 

Menurut sumber keluarga mangsa mengesahkan, tangan mangsa yang terputus itu gagal disambung dalam pembedahan yang selesai kira-kira jam 6 pagi tadi. 

1.jpg


2.jpg

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Suhaimi Ali mengesahkan, tiada sebarang laporan yang dibuat berhubung kejadian itu. 


Sumber Viral Purba https://ift.tt/2mdioXK

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post