Ahli Parlimen Rembau berkata, UMNO boleh melupakan hasrat mereka untuk menawan semula Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya masih menggunakan taktik lapuk dengan memainkan isu perkauman sebagai modal mendapatkan sokongan orang Melayu.
Permohonan Rasmi Usir Zakir Sudah Dibuat, Kata Ramasamy |
"Sejak selesai pemilihan UMNO, apa yang parti saya buat? Main sentimen kaum, kutip tabung untuk mantan Presiden dan repeat (ulang) semula.
ARTIKEL MENARIK: Permohonan Rasmi Usir Zakir Sudah Dibuat, Kata Ramasamy
"Tidak salah kita bersolidariti dengan Datuk Seri Najib Razak. Tetapi adakah itu sahaja UMNO 'baharu'? Sudah kena pukulan maut semasa PRU14, masih pekak terhadap suara rakyat," katanya di Twitter rasminya semalam.
Menurut KJ, UMNO kini berada dalam dilema, tetapi pasti lingkup untuk tempoh 10-15 tahun lagi kerana usaha untuk bangkit semula adalah sukar. Namun, beliau percaya UMNO adalah parti untuk orang Melayu dan disebabkan itu beliau masih setia bersama UMNO.
"Sebab itu saya masih bersama UMNO. Tetapi saya tak setuju dengan manifestasi rasis yang semakin wujud selepas pemilihan parti.
"Saya tak lompat ke mana-mana (parti). Saya tetap bersama UMNO. Cuma saya nak perbetulkan rumah saya agar tidak kekal berwajah haluan kanan yang ekstrim dan rasis selama-lamanya. You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one," katanya.
Foto skrin: mStar Online |
Foto skrin: mStar Online |
Kredit : The Reporter
Post a Comment