Dakwaan bercanggah timbul sama ada India sudah mengemukakan permohonan rasmi untuk mendapatkan perintah pengusiran atau ekstradisi terhadap pendakwah Islam tersohor, Dr Zakir Naik.
Permohonan Rasmi Usir Zakir Sudah Dibuat, Kata Ramasamy |
Walau bagaimanapun, Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy percaya sebaliknya.
"Permohonan rasmi telah dibuat. Pihak berkuasa India memaklumkan saya mengenai perkara ini," katanya kepada Malaysiakini.
ARTIKEL MENARIK: Aduh Siapa Sangka. Tindakan Pacquiao Jaguh Tinju Dunia Kepada PM Kita Buat Ramai Terkedu
Sementara itu, media India semalam memetik jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Negara (MEA), Raveesh Kumar sebagai berkata bahawa permohonan rasmi untuk perintah mengusir Dr Zakir dibuat pada Januari tahun ini.
"Pada Januari tahun ini, kami membuat permohonan rasmi untuk ekstradisi Zakir. Buat masa ini, saya boleh kamu bahawa permohonan ekstradisi kami sedang dipertimbangkan oleh pihak berkuasa Malaysia," katanya.
Mengulas lanjut, Ramasamy hari ini mengingatkan anggota parlimen Pakatan Harapan bahawa status pendakwah kelahiran India itu tidak sepatutnya dilihat sebagai kayu pengukur untuk menentukan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Ini bukan mengenai sokongan kepada Mahathir, tetapi mengenai dakwaan jenayah yang dilakukan oleh Zakir di India," katanya.
Pemimpin DAP itu juga berkata tidak perlu untuk berjumpa dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi pada peringkat ini.
"Hanya pastikan bahawa kedaulatan undang-undang dikuatkuasakan di negara ini," katanya.
Ramasamy mengulas kenyataan Kulasegaran yang mengatakan bahawa beliau akan membangkitkan isu berkenaan dengan Modi jika beliau bertemu dengannya semasa lawatan ke India.
Sumber: Malaysiakini
Post a Comment