“Saya Perlu Bangkit Demi Mencari Rezeki Buat Keluarga” – Akim Ahmad

“Saya Perlu Bangkit Demi Mencari Rezeki Buat Keluarga” – Akim Ahmad

Penyanyi Akim Ahmad mengakui masih perlukan masa untuk mencari kekuatan demi keluarga.

“Saya Perlu Bangkit Demi Mencari Rezeki Buat Keluarga” – Akim Ahmad
“Saya Perlu Bangkit Demi Mencari Rezeki Buat Keluarga” – Akim Ahmad
Menurut Akim, dia masih perlukan ruang seketika selepas kehilangan dua ibu dan nenek dalam tempoh yang singkat.

“Kehilangan ibu dan nenek amat dirasai kerana itu bukan sesuatu yang dijangka.

ARTIKEL MENARIK: 'Sakit Apa Sampai Berkerusi Roda?' – Video Ucapan Hari Jadi Ardell Aryana Buat Netizen Bergenang


“Saya masih mencari kekuatan untuk menempuh ujian Allah ini kerana saya tidak pernah melalui pengalaman tersebut sebelum ini.
“Saya juga perlukan masa dan ruang mengumpul semangat untuk bangkit semula demi keluarga.
A post shared by Akim Ahmad (@akimahmad) on Jun 15, 2018 at 11:58pm PDT
“Namun, saya perlu bangkit demi mencari rezeki buat keluarga dan memberi semangat pada ayah kerana jika saya terasa, apatah lagi ayah yang merupakan insan paling rapat dengan ibu,” katanya kepada Astro Gempak.


Akim berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan barisan pelumba Toyota Gazoo musim kedua di APW Bangsar, baru-baru ini.
Akim kehilangan ibunya, Aminah Bahari, 54, pada bulan Mei lalu di Hospital Kajang akibat komplikasi buah pinggang.
Dalam tempoh singkat selepas kematian ibunya, Akim juga kehilangan nenek tersayang.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram
Sumber : Gempak

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post