Saddiq Kutip Sampah. Ini Respon BERANI Bekas MB Perak Buat Ramai Respek

Saddiq Kutip Sampah. Ini Respon BERANI Bekas MB Perak Buat Ramai Respek

Hari ni viral gambar Saddiq kutip sampah dan mengundang komen makcik dan pakcik bawang. Terkini bekas MB Perak, Dr Zambry keluarkan respon berani yang buat ramai respek. Mengejutkan.

Saddiq Kutip Sampah. Ini Respon BERANI Bekas MB Perak Buat Ramai Respek
Saddiq Kutip Sampah. Ini Respon BERANI Bekas MB Perak Buat Ramai Respek
JANGAN PEDULI CACIAN KALAU BUAT PERKARA BAIK

ARTIKEL MENARIK: Penyokong Berjaya Kumpul Lebih RM500,000 Untuk Ikat Jamin Najib


Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memuji tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menjadi bualan selepas mengutip sampah di stadium, semalam.
Beliau sempat menasihatkan Ahli Parlimen Muar itu agar tidak mempedulikan cacian yang diterima.
Katanya, situasi sama pernah dialaminya dahulu malah dituduh mencari publisiti murahan.
“Tahniah Syed Saddiq tunjuk contoh yang baik. Jangan peduli cacian. Teruskan tunjuk sikap yang baik dan boleh dicontohi untuk negara yang bersih.
“Dulu saya kutip sampah di Perak, ada pemimpin parti maki dan kutuk saya kononnya mencari publisiti murahan,” tulisnya di laman Twitter, hari ini.
Malam tadi, Syed Saddiq membuat kejutan sebaik tamat perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dengan Pahang di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur apabila mengutip sampah yang ditinggalkan oleh penyokong di tempat duduk.
Tindakan itu dirakam dan mula tular di media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Melalui laman Twitter, Syed Saddiq menjawab dakwaan beliau berlakon berlebihan demi menarik perhatian rakyat.
“Saya pantang kalau nampak orang buang sampah merata-rata. Bagi mereka yang mengenali saya, ini bukan ‘one-off’.
“Kalau kawan buang puntung rokok pun saya pergi kutip. Biar dia malu dan tak akan buat lagi. Dari[pada fikir negatif, kenapa tidak kita mula buat benda yang sama,” katanya. (Sumber: Sinar Harian)


ZAKIR NAIK JUMPA PERDANA MENTERI. INI RUPANYA PUNCA SEBENAR

Sehari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan bahawa beliau boleh terus tinggal di Malaysia selagi tidak menimbulkan masalah, penceramah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik menemui perdana menteri, hari ini.
Pertemuan tidak dijadualkan itu dikatakan berlangsung dalam tempoh waktu yang singkat sahaja.
Memetik laporan FMT, menurut sumber, pertemuan antara Dr Zakir dan Perdana Menteri tidak diketahui butir perbincangan.
“Saya boleh mengesahkan Zakir berjumpa Tun (Dr Mahathir Mohamad) pagi ini,” kata sumber itu.
Pertemuan itu diadakan sehari selepas Dr Mahathir berkata, kerajaan tidak akan mengusir Zakir selagi beliau tidak menimbulkan masalah kerana beliau mempunyai status penduduk tetap.
Spekulasi timbul dalam kalangan media India bahawa Kerajaan Malaysia akan bertindak terhadap permohonan ekstradisi dikemukakan New Delhi Januari lalu.
Rabu lalu, Kementerian Luar India mengesahkan permohonan rasmi sudah dikemukakan kepada Malaysia.
Zakir mendakwa media di India menyasarkannya atas kempen cercaan sejak dua tahun lalu dan berikrar akan mendedahkan “berita palsu” mengenai pengusirannya.
“Kebanyakan artikel yang diterbitkan mengenai saya akan dibuktikan tidak berasas dan ia adalah palsu,” katanya dalam rakaman video baru dimuat naik ke Facebooknya.
Dr Zakir adalah individu yang dikehendaki pihak berkuasa India. (Sumber: Sinar Harian)
Kredit : khalifahmailonline
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post