Penyanyi Haqiem Rusli harus menjalani rawatan seminggu sekali selepas disahkan menghidapi kemurungan tahap tiga.Menurut Haqiem, dia sendiri terkejut selepas disahkan doktor menghidapi kemurungan tahap tiga daripada empat atau boleh diklasifikasikan sebagai moderate depression.
![]() |
Disahkan Menghidapi Kemurungan Tahap Tiga, Haqiem Rusli Perlu Menjalani Rawatan Seminggu Sekali |
ARTIKEL MENARIK: “Saya Perlu Bangkit Demi Mencari Rezeki Buat Keluarga” – Akim Ahmad
A post shared by 1998 (@haqiemrusli98_) on Jul 6, 2018 at 5:41am PDT
Dalam pada itu, doktor psikologi Song Sheng Yong dari International Psychology Centre mengesahkan penyanyi yang popular dengan lagu Tergantung Sepi itu mengalami kemurungan.
“Haqiem memang mengalami kemurungan dan perlu menjalani rawatan seminggu sekali untuk saya memantau keadaannya.
“Dia juga perlu mengubah cara pemakanan dan mengambil suplemen,” kata Yong Song Sheng.
Terdahulu, Haqiem dihentam netizen apabila dituduh menipu mengalami kemurungan dan didakwa melakukannya demi gimik single terbaharunya Selamat Tinggal Sayang.
Sumber: Kosmo Online
Post a Comment