Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui oleh orang awam dalam keadaan perut terburai di atas jambatan Sungai Dua menghala ke Pelabuhan Klang, semalam, lapor Harian Metro.
Mayat bayi ditemui di jambatan dengan perut terburai |
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan bayi itu pada jam 10 pagi.
ARTIKEL MENARIK: Polis Dedahkan Kanak-kanak Mati Dibunuh Ditikam 59 Kali Dengan Menggunakan Gunting
“Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)Klang bagi bedah siasat. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.
Gambar mayat bayi berkenaan turut menjadi tular di media sosial.
Kredit - The Reporter
Post a Comment