Polis Dedahkan Kanak-kanak Mati Dibunuh Ditikam 59 Kali Dengan Menggunakan Gunting

Polis Dedahkan Kanak-kanak Mati Dibunuh Ditikam 59 Kali Dengan Menggunakan Gunting

KUALA LUMPUR - Polis mendedahkan bahawa kanak-kanak 3 tahun yang mati dibunuh oleh bapa saudaranya sendiri pada 18 Jun lalu di Taman Kepong di sini mempunyai sebanyak 59 kesan tikaman di seluruh badan.

Polis Dedahkan Kanak-kanak Mati Dibunuh Ditikam 59 Kali Dengan Menggunakan Gunting
Polis Dedahkan Kanak-kanak Mati Dibunuh Ditikam 59 Kali Dengan Menggunakan Gunting
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, sebelum ini pihaknya memaklumkan bahawa terdapat 30 tikaman di badan mangsa, namun siasatan terperinci yang dilakukan mendedahkan bahawa mangsa telah ditikam lebih daripada itu.

“Sewaktu kejadian, suspek yang merupakan pengedar dadah kecil-kecilan sedang memasukkan dadah jenis syabu ke dalam batang straw untuk dibungkus namun diganggu oleh mangsa.

“Suspek yang berang akibat diganggu seterusnya bertindak menolak mangsa namun secara tidak sengaja telah tertikam kanak-kanak malang itu dengan gunting yang sedang dipegangnya,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

ARTIKEL MENARIK: Kejam, Tiada Hati Perut- Bapa Salah Seorang Tertuduh Ugut Saksi Beri Kenyataan Tidak Benar


Tambah Mazlan, suspek yang terkejut akibat kejadian itu seterusnya hilang kewarasan lalu berterusan menikam mangsa sehingga mati.

“Tiga daripada tikaman tersebut didapati menembusi tubuh mangsa hingga merosakkan organ dalam seperti jantung dan paru-paru manakala 56 lagi ditemui di seluruh badan kanak-kanak malang tersebut.

“Suspek yang berusia 21 tahun itu masih direman bagi membantu siasatan dan ujian air kencing mendapati dia negatif dadah,” katanya.


Kosmo! 19 Jun melaporkan tentang kejadian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mati dibunuh bapa saudaranya di Taman Kepong di sini.

Mayat kanak-kanak malang tersebut kemudiannya ditemui di dalam stor tingkat bawah rumah teres dua tingkat tersebut sambil ditutupi degan kain putih.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post