“Kami Dah Bercinta Empat Tahun..” - Lelaki Nikah Budak Perempuan 11 Tahun Tampil Beri Penjelasan

“Kami Dah Bercinta Empat Tahun..” - Lelaki Nikah Budak Perempuan 11 Tahun Tampil Beri Penjelasan

Laman media sosial hari ini menjadi kecoh apabila seorang lelaki berusia 41 tahun dikatakan telah bernikah dengan budak perempuan berumur 11 tahun.

“Kami Dah Bercinta Empat Tahun..” - Lelaki Nikah Budak Perempuan 11 Tahun Tampil Beri Penjelasan
“Kami Dah Bercinta Empat Tahun..” - Lelaki Nikah Budak Perempuan 11 Tahun Tampil Beri Penjelasan
Lelaki tersebut, Che Abdul Karim Che Hamid mengaku telah berkahwin dengan budak tersebut yang berasal dari Pattani, Thailand itu atas dasar suka sama suka dan bercinta sejak empat tahun lalu, lapor mStar Online.

ARTIKEL MENARIK: 'Tiada guna perkahwinan ini diteruskan' - Isteri pertama dan kedua nekad tuntut cerai, suami kahwin dengan budak 11 tahun


1.jpg

2.jpg

Menjelaskan lebih lanjut, peraih getah yang berasal dari Gua Musang itu berkata dia mengenali isteri ketiganya itu ketika budak berkenaan menemani ibunya yang bekerja di kedai makan milik isteri pertamanya.


Dia juga menjelaskan bahawa ketika ini isteri ketiganya itu akan tinggal bersama kedua ibu bapanya di Pattani sehingga usianya mencapai 16 tahun.


Bapa kepada enam cahaya mata hasil perkahwinannya dengan dua isterinya sebelum ini tidak menganggap tindakan itu salah kerana dia bernikah dengan kebenaran kedua ibu bapanya.

3.jpg

Dia juga telah mendapat kebenaran daripada isteri pertama, Noraini Che Nawi untuk memperisterikan budak perempuan itu.

Namun isteri keduanya, Siti Nor Azila Zulkifle tidak membenarkan mereka berkahwin dan mahu menuntut penceraian daripadanya.

Menurut laporan HM Online pula, Ayu mengakui tidak pernah tidur bersama Che Abdul Karim sejak bernikah kerana suaminya berjanji hanya akan tinggal bersama lima tahun lagi.

“Walaupun ramai yang marahkan saya, namun saya tidak mahu bercerai selagi Abe mahukan saya dan saya sendiri sayangkannya.

“Sebelum Aidilfitri, mak ayah bertanyakan saya hajat Abe mahu berkahwin dengan saya. Saya terima kerana saya sendiri sudah sayangkannya.

“Saya tahu saya masih muda dan tidak bersekolah, lagipun saya sudah lama kenal dengan Abe, anak Abe juga rakan saya di kampung.

“Saya sayangkan Abe kerana Abe seorang yang baik,” katanya.

Sumber : OHMYMEDIA

Sumber : Wartawan FB

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post