6 Kanak-Kanak Yang Paling Kejam Dalam Sejarah Manusia

6 Kanak-Kanak Yang Paling Kejam Dalam Sejarah Manusia

Zaman kanak-kanak adalah antara yang paling penting dalam hidup seseorang kerana ia memberikan kesan yang sangat signifikan kepada kehidupan kemudian.

6 Kanak-Kanak Yang Paling Kejam Dalam Sejarah Manusia
6 Kanak-Kanak Yang Paling Kejam Dalam Sejarah Manusia

Bagi kanak-kanak biasa, masa sering dihabiskan dengan bermain seperti di taman permainan dan sebagainya. Namun, bagi 6 kanak-kanak ini, lain pula ceritanya.

iluminasi.com kongsikan antara 6 kanak-kanak yang paling kejam pernah direkodkan dalam sejarah manusia.

ARTIKEL MENARIK: 10 Permintaan Makanan Terakhir Banduan Hukuman Mati Yang Sangat Pelik




5. Andrew Golden dan Mitchell Johnson

mitchell johnson dan andrew golden melakukan pembunuhan beramai ramai

Andrew dan Mitchell adalah pelajar di Westside Middle School di Arkansas, Amerika Syarikat, apabila mereka hadir ke sekolah dengan bersenjatakan 9 senapang dan pistol, dan 2,000 peluru yang dicuri daripada rumah datuk Andrew.

Mereka kemudiannya menembak 15 orang pelajar secara mengejut yang mana membunuh 5 daripada mereka, iaitu 4 orang pelajar dan seorang guru.

Ketika itu, Andrew hanya berusia 11 tahun dan Mitchell berusia 13 tahun, namun mereka adalah sebahagian daripada penjenayah yang melakukan pembunuhan beramai-ramai di sekolah yang paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat.

mangsa yang terbunuh dalam pembunuhan beramai ramai di westside middle school

andrew golden dibebaskan

Kedua-dua mereka berkenalan ketika berada di dalam bas sekolah dan terkenal kerana sering dibuli. Mereka sering berborak dan berbincang untuk menyertai atau menubuhkan sebuah kumpulan mafia tersendiri.

Pada tahun 1998, kedua-duanya dijatuhkan hukuman penjara sehingga berusia 21 tahun, yang merupakan hukuman maksimum di bawah undang-undang Arkansas.

Mitchell Johnson dibebaskan pada Ogos 2005 setelah menjalani 7 tahun hukuman manakala Andrew Golden menjalani hukuman 9 tahun penjara dan dibebaskan pada Mei 2007.

4. Marry Bell

marry bell pembunuh kanak kanak paling kejam dalam sejarah british 200

Ketika baru berusia 11 tahun, kanak-kanak yang kejam yang berasal dari Newcastle, England ini diberi nama gelaran "penjerut Tyneside".

Sebelum tiba ulang tahun kelahirannya yang ke-11, Britt telah membunuh seorang kanak-kanak berusia 4 tahun, Martin Brown, dengan cara mencekik sehingga mati.

Kemudian pada tahun yang sama, Marry meneruskan pembunuhan kejammnya dan kali ini, dia mempunyai rakan subahat. Marry bersama-sama rakannya, Norma, telah membunuh seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, Brian Howe.

marry bell pembunuh kanak kanak paling kejam dalam sejarah british 2

mary bell

Disebabkan mayat kanak-kanak tersebut hancur teruk akibat dipukul membuatkan sebab kematian tidak dapat ditentukan.

Marry yang "gila" telah mengukir huruf "M" pada perut mangsa bagi menandakan pembunuhannya, sebelum memotong anggota badan Brian menggunakan gunting.

Marry dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan membunuh namun dibebaskan ketika berusia 23 tahun. Sejak itu, dia menjadi seorang ibu dan nenek, dan tidak lagi melakukan jenayah kejam ini.

3. Jesse Pomeroy

jesse pomeroy pembunuh kanak kanak yang kejam

Dilahirkan pada tahun 1859 di Massachusetts, Amerika Syarikat, Jesse Pomeroy diiktiraf sebagai individu termuda yang disabitkan kesalahan membunuh dengan niat.

Dia melakukan perbuatan mengerikan terhadap kanak-kanak lain ketika hanya berusia 11 tahun, dengan mengikat dan menyeksa mereka.

Apabila ditangkap, Jesse dihantar di sekolah pemulihan yang mana dia dijangkakan untuk tinggal di situ sehingga usia 21 tahun.

jesse pomeroy ketika tua

Namun, Jesse dibebaskan selepas 18 bulan menjalani hukuman atas alasan berkelakuan baik. 3 tahun kemudian, dia telah membunuh seorang kanak-kanak berusia 4 tahun.

Kanak-kanak malang itu dijumpai di Dorchester Bay dalam keadaan anggota badan terputus. Jesse dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup yang mana dijalani dalam biliki kurungan.

Jesse akhirnya ditemui mati di dalam penjara ketika berusia 72 tahun.



2. Paul Henry Gingerich 

paul henry gingerich membunuh bapa tiri rakannya

Paul Henry Gingerich hanya berusia 12 tahun ketika dia menjadi individu termuda di Indiana, Amerika Syarikat yang dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara di atas kapasiti sebagai orang dewasa.

Dia dan rakannya yang berusia 15 tahun, Colt Lundy, telah membunuh bapa tiri Colt dengan menggunakan senjata api. Dan ini bukanlah satu kemalangan.

Paul dan Colt didakwa bersekongkol untuk melakukan jenayah tersebut kerana bapanya tirinya itu dikatakan akan menghalang mereka daripada melarikan diri daripada rumah.

Kedua-duanya telah didapati bersalah dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun.

paul henry gingerich dibebaskan pada usia 19 tahun

Walaubagaimanapun, Paul hanya menjalani hukuman penjara selama 7 tahun sahaja dan dibebaskan ketika berusia 19 tahun, di bawah jagaan ibunya.

Namun, hidupnya tidaklah seperti orang biasa kerana dia diwajibkan memakai gelang buku lali dan tidak dibenarkan keluar daripada rumah selain daripada ke tempat kerja dan temujanji undang-undang.

Paul perlu memakai gelang buku lali tersebut untuk dijejaki 24 jam sehari, sehingga penghujung Julai 2018.

Bagaimana dia boleh keluar dengan begitu cepat? Ketika berusia 15 tahun, Paul memohon perbicaraan semula dan ketika itu terdapat undang-undang baru terhadap remaja bawah umur, yang berpihak kepadanya.

1. Amarjeet Sada

amarjeet sada pembunuh kanak kanak termuda di dunia

Pembunuh termuda dalam sejarah moden datang daripada India. Amarjeet Sada berusia 8 tahun ketika itu berasal dari Bihar, India.

Ibu Amarjeet meninggalkan adiknya yang berusia 6 bulan di sekolah tempat dia mengajar dan telah melaporkan kepada pihak polis apabila menyedari bahawa anaknya itu telah hilang.

Pihak polis kemudiannya menemui mayat bayi tersebut berhampiran kampung Musahari. Amarjeet mengaku bahawa dia adalah individu yang membunuh adiknya dengan mencekik.

amarjeet sada membunuh adiknya sendiri yang masih bayi

Tak cukup dengan itu, Amarjeet menjadikan pembunuhan ini lebih ngeri dengan menghempuk kepala adiknya menggunakan batu yang besar sehingga hancur.

Dilaporkan bahawa Amarjeet mengalami masalah psikologi yang membawa kepada pembunuhan adiknya.

Ibu bapanya menyembunyikan perbuatan Amarjeet, sehinggalah dia membunuh mangsa ketiga yang merupakan anak kepada jirannya yang berusia 6 bulan.

Siasatan lanjut juga mendedahkan bahawa Amarjeet mungkin bukan sahaja bertanggungjawab atas 2 pembunuhan tersebut, tetapi juga ke atas kematian sepupunya yang berusia 9 bulan, yang mana adalah mangsa pertama.

ibu dan bapa amarjeet pembunuh termuda di dunia

Apabila ditanya mengapa dia membunuh, Amarjeet tersenyum dan meminta biskut. Ibu bapanya mendakwa Amarjeet tidak faham bahawa dia tidak dapat memahami antara yang betul dan salah.
Salah seorang daripada pakar psikiatri mendedahkan bahawa Amarjeet adalah seorang yang berasa gembira dengan mencederakan orang lain.

Amarjeet dijatuhkan hukuman di penjara juvana, sehingga berusia 18 tahun dan dibebaskan pada tahun 2016.

Rujukan:
1. Gulf Insider
2. Richest
3. Gizmodo
4. USA Today

SUMBER : iluminasi.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post