'Kami Suka Sama Suka' - Suami Tidak Akan Cerai Isteri Bawah Umur

'Kami Suka Sama Suka' - Suami Tidak Akan Cerai Isteri Bawah Umur

GUA MUSANG: Lelaki yang tular kisahnya kerana menikahi kanak-kanak bawah umur baru-baru ini berkata dia tidak akan menceraikan isteri yang baharu dinikahi dua minggu lalu itu walaupun mereka akan hanya tinggal bersama lima tahun lagi.

'Kami Suka Sama Suka' - Suami Tidak Akan Cerai Isteri Bawah Umur
'Kami Suka Sama Suka' - Suami Tidak Akan Cerai Isteri Bawah Umur
Dia yang tinggal di Gua Musang, Kelantan itu mengakui, tidak pernah tidur bersama isteri ketiganya yang berasal dari selatan Thailand itu, kerana mereka telah ‘bernikah gantung’.

Menurut lelaki berusia 41 tahun itu, pernikahan secara itu dilakukan selepas mendapat persetujuan daripada isterinya yang dikenali sebagai Ayu, keluarga dan ahli agama.

ARTIKEL MENARIK: Perkahwinan Bawah Umur Tiada Tempat Di Malaysia - Zuraida


Katanya yang bekerja sebagai peraih getah, biarpun pelbagai hinaan dilemparkan kepadanya, dia tidak akan sesekali meninggalkan isteri baharu yang dikenali sejak kanak-kanak itu berumur tujuh tahun.

"Emak kepada isteri ketiga saya ini pekerja di kedai isteri pertama saya. Anaknya itu berkawan dengan anak saya dan sama-sama mengaji dengan saya. Saya mengajar dia juga.

"Jadi, di situ saya nampak dia, dan saya rasa ingin menjaganya, dengan keadaan dia miskin. Untuk menolong dan membantu keluarganya, saya ambil keputusan itu.

"Rasa itu datang dari hati, untuk menjadikan dia isteri saya. Dan saya ambil keputusan itu supaya masing-masing - keluarganya dan saya - dapat menjaganya. Saya tak mahu dia terabai seperti kakaknya," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui malam tadi.


Sementara itu, bapa kepada kanak-kanak itu berkata, dia membenarkan anaknya itu berkahwin kerana yakin menantunya itu seorang yang baik dan mampu menjaga anaknya.

"Ayu kata mereka suka sama suka, kita pun benarkanlah. Orang minta, kita lepaskanlah. Kalau kita simpan, bimbang jadi benda lain pula. Jadi, kita bagilah nikah.

"Kita memang tak paksa dia sebab dia memang sukarela," menurut bapa itu.

Kanak-kanak itu, yang juga warga Thailand, mengejutkan rakyat negara ini apabila berkahwin dalam usia muda.

Gambar perkahwinan mereka, yang berlangsung di Thailand, tular sejak malam Jumaat lalu selepas dimuat naik oleh isteri kedua lelaki itu, seorang wanita berusia 34 tahun.

Penikahan tersebut mendapat kecaman pelbagai pihak dan reaksi dari pihak berkuasa termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan juga Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga berkata semalam, kerajaan akan menyiasat secara menyeluruh kes itu sambil mengesahkan telah menerima laporan berhubung perkara itu.

Beliau turut mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapatkan maklumat lanjut dengan bertemu ibu budak perempuan itu.

ARTIKAL BERKAITAN :



Kredit : Wartawan FB

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post