Berkenaan isu lelaki 40-an yang bernikah dengan budak 11 tahun, menurut laporan media, isteri kedua mengatakan terhutang budi membuatkan budak itu setuju untuk diperisterikan.
‘Kami Tidak Pernah Tidur Bersama Kerana Abe…’ - Pengantin 11 Tahun |
Tinggal bersama 5 tahun lagi
ARTIKEL MENARIK: ‘Dah Tahu Lelaki Buatlah Cara Lelaki’, Muatnaik Gambar Mykad, "Lelaki Cantik" Dikecam Netizen
Menurut gadis yang dikenali sebagai Ayu, dia dan suami barunya itu tidak tinggal sebumbung kerana suaminya hanya berbuat demikian dalam masa 5 tahun lagi.
Sejak berkahwin hampir dua minggu lalu, kami tidak pernah tidur bersama kerana Abe (suami) berjanji kami hanya akan tinggal bersama, lima tahun lagi.
Walaupun ramai yang marahkan saya, namun saya tidak mahu bercerai selagi Abe mahukan saya dan saya sendiri sayangkannya.
Sayang abe
Menurut Ayu, sebelum Syawal menjelang, orang tuanya menanyakan kepadanya mengenai keinginan suaminya menikahinya. Ayu kemudian menerima cadangan tersebut kerana sudah menyayangi lelaki yang dipanggil Abe itu. Mereka kemudiannya dikahwinkan di Selatan Thailand pada hari raya keempat lalu.
Sebelum Aidilfitri, mak ayah bertanyakan saya hajat Abe mahu berkahwin dengan saya. Saya terima kerana saya sendiri sudah sayangkannya.
Saya tahu saya masih muda dan tidak bersekolah, lagipun saya sudah lama kenal dengan Abe, anak Abe juga rakan saya di kampung. Saya sayangkan Abe kerana Abe seorang yang baik.
Menantu janji tolong keluarga susah
Ayah kepda Ayu, Mat Rashid Rimadsa berkata dia bersetuju dengan cadangan menantunya itu kerana awal-awal lagi sudah memaklumkan hanya akan tinggal bersama lima tahun lagi. Mengakui terkejut dengan hal itu, menantunya itu berkata dia kasihan dengan keluarga Ayu yang susah dan mahu menolong mereka sekeluarga.
Seminggu sebelum raya, menantu saya datang menyampaikan hajat untuk berkahwin dengan anak bongsu saya dan sekiranya saya bersetuju, majlis pernikahan akan dibuat di Thailand pada hari raya keempat.
Pada mulanya saya memang terkejut kerana anak masih muda, namun menantu saya memaklumkan dia kasihan kepada kami sekeluarga yang hidup susah dan berjanji akan memberi kehidupan lebih selesa selepas berkahwin dengan Ayu.
Malah, menantu juga memaklumkan dia hanya akan menjalani kehidupan suami isteri, mendaftarkan perkahwinan dan mengambil anak saya tinggal bersama lima tahun lagi, menyebabkan saya terima lamaran itu.
ARTIKAL BERKAITAN :
Sumber: Ohbulan & Wartawan FB
Post a Comment