TERKINI..Zahid Presiden Baharu Umno, Tok Mat Timbalan

TERKINI..Zahid Presiden Baharu Umno, Tok Mat Timbalan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terus mendapat kepercayaan dan keyakinan ahli UMNO apabila beliau dipilih sebagai Presiden UMNO baharu bagi tempoh 2018-2021.

TERKINI..Zahid Presiden Baharu Umno, Tok Mat Timbalan
TERKINI..Zahid Presiden Baharu Umno, Tok Mat Timbalan

Keputusan itu sekali gus menjulang Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang sebelum ini menjalankan tugas pemangku Presiden UMNO sebagai Presiden UMNO kelapan.

Setakat jam 9.40 malam tadi, Ahmad Zahid memperoleh 93 undi, menewaskan empat pesaing lain antaranya dua nama besar UMNO iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau dan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ahli Parlimen Gua Musang.

Dalam pemilihan UMNO kali ini, Khairy memperoleh 51 undi, manakala Tengku Razaleigh ataupun Ku Li mendapat 23 undi.

Dua lagi pencabar kerusi berkenaan yang kurang dikenali iaitu ahli UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Mohamed Iqbal Maricair dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof Musa@Jamaluddin, gagal memperoleh sebarang undi.

ARTIKEL MENARIK:  “Kami Dah Bercinta Empat Tahun..” - Lelaki Nikah Budak Perempuan 11 Tahun Tampil Beri Penjelasan


Mesyuarat perwakilan UMNO yang bermula hari ini membabitkan 191 bahagian dengan agenda utama hanya untuk memilih barisan kepemimpinan peringkat Bahagian dan Majlis Tertinggi bagi sesi 2018-2021.

Kemenangan Ahmad Zahid begitu signifikan pada pemilihan yang dianggap sebagai ibu segala demokrasi, selepas Barisan Nasional (BN) kecundang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pemilihan kali ini juga amat bersejarah kerana sejak 1988 susulan tidak ada pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden. Kali ini, ia dibuka untuk dipertandingkan.


Ahmad Zahid, 65, adalah Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti mempunyai pengalaman luas lebih 30 tahun dalam bidang politik selain berpengalaman luas dalam bidang perniagaan perbankan.

Beliau juga pernah menjawat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.


Beliau kemudian menyandang jawatan Menteri Pertahanan (2009-2013) sebelum bertukar ke portfolio sebagai Menteri Dalam Negeri sejak 16 Mei 2013.

Berkelulusan Doktor Falsafah dalam jurusan Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), anak kelahiran Bagan Datuk, Perak itu mula menjadi anggota Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2008-2009) semasa pentadbiran Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum menjadi anggota Kabinet, beliau pernah berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan pada tahun 2004 dan Timbalan Menteri Penerangan (2006-2008).

Permulaan karier politiknya bermula 1984. Ketika itu, beliau bergiat aktif sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk sehinggalah terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi tempoh 1996 hingga 1999.

Pada 1991, beliau dilantik sebagai anggota Dewan Negara selama satu penggal.

Bagi jawatan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului pencabar lain dengan 16 undi, sehingga jam 9.47 malam tadi.

Beliau disusuli Datuk Seri Mahdzir Khalid (12 undi), Datuk Seri Johari Abdul Ghani (15 undi), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (13 undi), Datuk Tajuddin Abdul Rahman (12 undi) dan Datuk Seri Ahmad Said (satu undi).

Bagi calon ikan bilis yang bertanding jawatan berkenaan iaitu Sheikh Razali Sheikh Hamad masih gagal meraih sebarang undi buat masa ini.

Setakat jam 9.47 malam, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO baharu dengan 75 undi.

Mohamad Hasan ataupun dikenali sebagai Tok Mat menewaskan bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang memperoleh 55 undi.

Kredit - Wartawan FB

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post