Empat Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Sebuah Treler Dan Lima Kereta

Empat Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Sebuah Treler Dan Lima Kereta

SUNGAI BULOH - Empat maut manakala empat lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan sebuah treler dan lima kenderaan di Kilometer 446 Lebuh Raya PLUS menghala utara di sini hari ini.

Empat Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Sebuah Treler Dan Lima Kereta
Empat Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Sebuah Treler Dan Lima Kereta
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.02 tengahari.

“Bertindak atas panggilan tersebut, beberapa anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Rawang dan Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

ARTIKEL MENARIK: Tangan terputus, baju terbelit di tayar motosikal


“Punca kejadian kejadian tersebut dipercayai disebabkan oleh lori treler yang menghala ke arah utara telah terbabas masuk ke lorong arah selatan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.


Beliau menambah, sehingga masa kini, mangsa yang maut adalah dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai warga tempatan.

“Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah, manakala tiga mangsa lagi termasuk pemandu treler cedera ringan.


1.jpg

2.jpg

3.jpg

“Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut,” ujarnya.

Kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk sejauh 20 kilometer di kedua-dua arah sebelum susur masuk ke Rawang selatan di sini hari ini.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post