SYARIKAT gergasi farmaseutikal Johnson & Johnson diperintahkan untuk membayar lebih £3.5 bilion (RM18.6 bilion) kepada 22 wanita yang mendakwa bedak keluaran syarikat tersebut menyebabkan mereka mengalami kanser.
Bedak Talkum Punca Barah, Johnson & Johnson Diarah Bayar Pampasan |
ARTIKEL MENARIK: Maksud Sebenar BIN, BINTI Dan BTE Yang Ramai Tak Tahu
Mangsa mendakwa mereka menghidapi kanser ovari kerana talkum termasuk bedak bayi keluaran Johnson & Johnson mengandungi asbestos.
Peguam kepada wanita terbabit, Mark Lanier meminta agar produk Johnson & Johnson dikeluarkan daripada pasaran sebelum mengakibatkan penyakit yang lebih teruk dan kematian berlaku.
“Jika Johnson & Johnson berkeras untuk menjual bedak mereka, mereka perlu paparkan tanda amaran,” kata Lanier.
Pada Khamis, perintah tersebut diumumkan oleh Mahkamah Litar City of St. Louis dan dilaporkan perintah bayaran itu meliputi wang pampasan sebanyak AS$550 juta (RM2.2 bilion) dan AS$4.14 bilion (RM16.75 bilion) pula sebagai ganti rugi yang membebankan.
Kesemua mangsa dan keluarga mereka berkata, mereka telah menggunakan bedak bayi tersebut sejak berdekad lamanya dan produk kosmetik talkum keluaran syarikat tersebut menyebabkan mereka mengalami penyakit.
Mereka mendakwa syarikat itu mengetahui bahawa bedak keluaran mereka mengandungi bahan tercemar iaitu asbestos sejak sekurang-kurangnya pada tahun 1970-an tetapi gagal memberi amaran kepada pengguna mengenai risiko tersebut. –KLICK.MY
Post a Comment