“Ustaz Hamadi” drama Nur di TV3 dikecam netizen bertubi-tubi dan ini respon Azhan Rani!!

“Ustaz Hamadi” drama Nur di TV3 dikecam netizen bertubi-tubi dan ini respon Azhan Rani!!

Tidak dinafikan, ramai penonton yang terkesan dan geram dengan watak Ustaz Syed Hamadi yang dilakonkan oleh Azhan Rani dalam drama Nur di TV3.

“Ustaz Hamadi” drama Nur di TV3 dikecam netizen bertubi-tubi dan ini respon Azhan Rani!!
“Ustaz Hamadi” drama Nur di TV3 dikecam netizen bertubi-tubi dan ini respon Azhan Rani!!
Di media sosial, netizen meluahkan rasa geram dan sudah beberapa kali mereka mahu memecahkan televisyen kerana terlalu geram dengan Hamadi menunggang agama demi kepentingan dirinya.

Baru-baru ini, Azhan memuat naik komen netizen yang memaki hamun beliau di Instagramnya. Bukan bertujuan ‘memberus’ individu terbabit, sebalik beliau menghargai ‘keprihatinan’ para penonton yang tidak menggemari individu seperti Ustaz Hamadi dalam kehidupan mereka.

“Satu di antara 2.7 bilion maki hamun yang aku hadap sepanjang 18 episod Nur ditayangkan di TV3. Ini manja-manja lagi, ada yang lagi ekstrim daripada ini. Memang emo nau korang.

“Tengok Ultraman bergaduh dengan raksasa, tapi siap pecah-pecahkan rumah flat pun korang tak seemo macam ni. Baguslah korang prihatin tak suka watak macam ni (Ustaz Hamadi) dalam hidup korang. Tetapi janganlah sampai setakat cerita ini habis saja korang benci watak sebegini.

ARTIKEL MENARIK: Achey Beraya Bertiga Tahun Ini. Mari Lihat Wajah Comel Dan Siapa Bayi Ini Sebenarnya Menjadi Pelengkap Hidup Achey Dan Isteri.


“Niat sebenarnya memang kita tak nak ada lagi watak macam ini dalam hidup kita. Cuma selepas habis cerita ini, kalau korang masih judgemental, masih jadi seperti Hamadi, Marzuki, Aisyah dan siapa saja watak yang hitam dalam drama ini, eloklah korang minum air swimming pool berdekatan banyak-banyak sampai kembung perut korang. Selepas itu, minta lori 12 tayar lenyek perut korang tu.

“Hidup biar susah tetapi jangan menyusahkan orang. Ambillah mana yang baik-baik dalam drama Nur in. Jangan propa benci tengok (Hamadi) dalam tv saja. Di luar korang sama atau lebih teruk dari Syed Hamadi.

“Sekian takzirah di penghujung ramadan dari aku yang akan meletakkan jawatan jam 11 malam nanti. Jumpa di episod akhir 10 malam nanti di TV3,” tulisnya.

Episod terakhir drama ini sedikit sebanyak menimbulkan banyak persoalan para peminat drama ini. Apakah di penghujung ceritanya akan ada ‘happy ending’ atau plot twist yang tidak dijangkakan?




INFORMASI

Azhan Abdul Rani atau lebih dikenali sebagai Azhan Rani (lahir 1976) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Tanjung Karang, Selangor. Sepanjang kerjaya lakonannya, beliau terkenal dengan peranan di televisyen dan filem.

Penglibatan pertama Azhan dalam bidang seni ialah menerusi drama radio bermula pada 2004, di mana ketika itu hasrat beliau sekadar ingin mencuba dan mengetahui bagaimana drama radio dilakukan. Sepanjang tempoh berkenaan, beliau telah menjayakan sebanyak 100 drama radio. Penerbit drama radio RTM, Zuraida yang ketika itu kebetulan datang menonton teater lakonan beliau, Lantai T Pinkie. Beliau pertama kali tampil bergandingan bersama pelakon berpengalaman Jalaluddin Hassan.

Penampilan televisyen pertamanya ialah pada 2007 menerusi drama Sesuci Cinta Soffiya yang menggandingkan beliau bersama Rozita Che Wan. Pada 2013, Azhan membintangi filem sulungnya, sebuah filem komedi pasca-apokaliptik arahan Woo Ming Jin lakonan Zizan Raja Lawak, KL Zombi. Beliau turut membintangi dua lagi filem yang ditayangkan pada tahun sama, Aku Pilih Kamu dan Kolumpo.

Azhan memegang watak sebagai A. R. Tompel dalam filem biopik Saloma arahan Melissa Saila yang dibintangi oleh Nabila Huda yang memegang watak Biduanita Negara Puan Sri Saloma.

Beliau muncul bersama Ayda Jebat dan Syafiq Kyle dalam drama Dekatkan Jarak Kita yang bersiaran di TV3.

Sumber : Thereporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post