Achey Beraya Bertiga Tahun Ini. Mari Lihat Wajah Comel Dan Siapa Bayi Ini Sebenarnya Menjadi Pelengkap Hidup Achey Dan Isteri.

Achey Beraya Bertiga Tahun Ini. Mari Lihat Wajah Comel Dan Siapa Bayi Ini Sebenarnya Menjadi Pelengkap Hidup Achey Dan Isteri.

PENANTIAN lapan tahun pelawak Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya untuk menimang cahaya mata akhirnya dimakbulkan apabila mereka memaklumkan mengambil seorang anak angkat.

Achey Beraya Bertiga Tahun Ini. Mari Lihat Wajah Comel Dan Siapa Bayi Ini Sebenarnya Menjadi Pelengkap Hidup Achey Dan Isteri.
Achey Beraya Bertiga Tahun Ini. Mari Lihat Wajah Comel Dan Siapa Bayi Ini Sebenarnya Menjadi Pelengkap Hidup Achey Dan Isteri.
Achey atau Mohd. Nasir Hamzah, 32, menerusi Instagram menyifatkan kehadiran bayi perempuan yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir itu sejak 6 Ramadan lalu sebagai mengisi kekosongan sepanjang tempoh mereka berusaha mendapatkan cahaya mata.

“Assalamualaikum. Bismillah… Alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara. Setelah lapan tahun bersama masih belum punya rezeki dikurniakan cahaya mata.

“Namun pada 22 Mei 2018 di ramadan keenam anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu,” kata Achey menerusi laman Instagramnya.

Achey turut memuat naik foto bersama anak angkat perempuannya itu di laman Instagram dan mendapat perhatian pengikutnya.

ARTIKEL MENARIK: “Kau Ni Munafik! Aku Didera, Dibuang…’ – Nabila Huda Dedah Perangai Sebenar Ibu Tiri


Achey dan isteri menerima kehadiran orang baharu dalam keluarganya.

1eaeb1a5ca01291f10d79cf92c6371ef.png

Kata Achey, Nur Tiara dilahirkan pada 15 Mei lalu pada pukul 8.05 malam di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam pada itu, Achey menjelaskan punca isterinya jarang bersamanya sejak awal Ramadan akhirnya terjawab kerana Nor Hasanah berada di kampung bagi menjaga bayi mereka.

Kata anggota kumpulan Bocey ini, ramai menyangka isterinya berada di kampung selama sebulan disebabkan berselisih faham dengannya.

“Selama hampir sebulan kami berada di kampung terutama @anne_achey. Ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? Jawapannya menjaga tiara dalam pantang.


687c22db9d1b3c39287fcb9fa52b2889.png

Bayi perempuan Achey dan isteri yang diberi nama Tiara Zinnirah.

“Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata yang hebat. Yang paling jelas saya dan isteri sangat gembira tak terkata,” ujarnya.

Sementara itu, Achey berharap agar semua peminatnya mendoakan kesejahteraan keluarga dan menerima kehadiran anak sulungnya itu.

“Kami berharap agar semua mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan menerima baik kehadiran @tiara_zinnirahofficial.

“Semoga @tiara_zinnirahofficial menjadi anak yang solehah serta kami dapat menjaganya dengan kudrat kami sebaiknya… RAYA NI KAMI BERTIGAAAAA YEAY!!!” katanya.

INFORMASI

Mohd. Nasir Haji bin Hamzah[1] atau lebih mesra dikenali sebagai Achey Bocey merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara Malaysia.

Beliau adalah juara Bintang Mencari Bintang musim yang pertama pada tahun 2013 anjuran TV3. Beliau berjaya mengatasi Kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw untuk muncul selaku juara. Beliau juga pernah mengacara program Kintang Kintung di TV3 bersama sifunya Harun Salim Bachik. Pada bulan November beliau telah bergabung bersama Kumpulan Bocik lalu diberi nama Bocey untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2013.

Ternyata penyertaan mereka tidak sia-sia apabila mendapat tempat ke 3 selepas kumpulan Sepahtu muncul juara dan Kumpulan Shiro selaku naib juara. Pada musim berikutnya Maharaja Lawak Mega 2014 mereka mendapat tempat ke 5. Dan dua edisi seterusnya, mereka meraih gelaran juara pada tahun 2016 & 2017. Selain kebolehannya dalam bidang lawak dan lakonan, Achey juga berkebolehan mencipta dan menulis lagu serta menyanyi. Beliau telah mengeluarkan single pertamanya iaitu Yang Terindah pada penghujung Oktober 2017. Lagu ini didedikasikan khas untuk isterinya, Anne

Sumber : lubokviral

Sumber : youarelejen

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post