“Najib Razak sila berhenti kelirukan rakyat isu hutang negara” – Lim Guan Eng

“Najib Razak sila berhenti kelirukan rakyat isu hutang negara” – Lim Guan Eng

Menteri Kewangan Lim Guan Eng membidas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mendakwa beliau cuma mengelirukan orang awam berhubung hutang negara.

“Najib Razak sila berhenti kelirukan rakyat isu hutang negara” – Lim Guan Eng
“Najib Razak sila berhenti kelirukan rakyat isu hutang negara” – Lim Guan Eng
Awal hari ini, Najib merujuk laporan Moody dan sekali lagi menuduh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sengaja menokok-tambah hutang negara sehingga mencecah RM1 trilion.

Mengulas perkara itu, Lim menafikan pihaknya sengaja menokok tambah hutang negara dan mengulangi bahawa angka RM1 trilion adalah dari gabungan jumlah hutang dan liabiliti.

“Tidak seperti apa yang dikatakan bekas perdana menteri hari ini, Moody ada menyatakan hutang langsung kerajaan adalah RM687 bilion. Kita tak pernah nafikan ini.

“Tapi kita ambil kira jaminan kerajaan yang juga sudah menjadi hutang secara langsung kerana orang yang kita jamin tak mampu bayar,” jelasnya.

ARTIKEL MENARIK: Buta sejarah!: Tindakan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) ini menimbulkan kontroversi kepada Malaysia & Singapura


Justeru, Lim menasihatkan agar tidak “bersembunyi di sebalik definisi hutang” bagi menutup keadaan sebenar ekonomi negara.

“Saya kesal bekas menteri kewangan masih tidak mahu mengakui hakikat ini. Saya harap janganlah cuba menegakkan benang yang basah dengan cuba mengatakan hutang negara tidak sebegitu teruk.

“Kalau bunga mawar, kita mesti panggil buka mawar. Janganlah cuba alihkan perhatian dengan mengatakan bukan-bukan.

“Kita perlu mengakui masalah sebenarnya agar kita dapat mengatasinya,” katanya.

Lim berkata demikian selepas program sempena sambutan Hari Raya di Seri Kembangan malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN


5918cdd1b9da31d23911aeadc95f1b87.jpeg

Peguam Negara Tommy Thomas yang baru dilantik perlu secara serius mempertimbangkan melantik peguam kanan jenayah untuk bekerjasama dengan pejabat timbalan pendakwa raya (DPP)jika memutuskan melakukan pertuduhan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Rafique yang juga pengamal undang-undang jenayah berpendapat jika Najib didakwa kes itu akan menjadi perhatian antarabangsa.

“Saya menyambut baik kenyataan Thomas semalam dan pada masa yang sama saya berhasrat untuk berhati-hati dengan perenggan dua kenyataan tersebut yang mana peguam negara mengaku telah melantik pasukan DPP berpengalaman dan peguam persekutuan kanan bagi mengkaji kemungkinan kertas pertuduhan jenayah dan prosiding sivil mengenai isu hangat dibincangkan ini.

“Sekiranya hanya DPP sekarang sahaja diamanahkan, saya rasa ia tidak akan menjadi sebaik (kerjasama pasukan dengan peguam kanan jenayah) kerana kes berkenaan bakal menarik perhatian seluruh dunia.

“Peguam jenayah terkemuka negara dan barisan DPP berpengalaman perlu membentuk pasukan pendakwaan terhadap Najib sebagai khidmat negara,” katanya.

Rafique (gambar) menyatakan kebimbangannya jika dibentuk suatu pasukan pendakwaan yang hanya bergantung kepada DPP sekarang ini kerana kebanyakan mereka didakwa masih setia dengan bekas peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“Saya menggesa AG untuk mengeluarkan fiat (perintah khas) melantik peguam-peguam utama ini untuk tujuan khusus melakukan pendakwaan terhadap rejim Najib. Saya yakin usaha ini khidmat negara dan akan meletakkan sistem perundangan negara pada kedudukan yang baik,” katanya.

Fiat terakhir diberikan kepada peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail melalui perintah khas di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Acara Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk membuat rayuan terhadap bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II di mahkamah rayuan.

Rafique mencadangkan peguam yang dilantik perlu memiliki pengalaman lebih dari 15 hingga 30 tahun dalam kes jenayah.

Kertas siasatan SRC

Semalam, dilaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kertas siasatan mengenai anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd kepada Thomas.

Thomas juga berkata beliau baru sahaja menandatangani permohonan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dengan beberapa negara luar dan berharap mendapat bantuan dan menjalin kerjasama dengan mereka.

Sehubungan itu, Tommy Thomas berkata beliau juga telah membentuk dua pasukan untuk meneliti kertas siasatan berkenaan.

“Untuk melaksanakan tugas kami dengan efektif, saya telah melantik satu pasukan untuk mengkaji kertas itu dengan tujuan untuk kemungkinan memulakan pendakwaan jenayah dan satu lagi untuk mengkaji memulakan prosiding sivil,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber 1 : Malaysiakini

Sumber 2 : Malaysiakini

Sumber 3 : youarelejen

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post