Tular Video Pegawai KDN Ajak Gadvh, Terbaru Pihak KDN Serah Kepada Polis Untuk Siasatan. Dan Ini Hasil Siasatan Pihak KDN Pasti Kecewa Dengan Individu Tersebut

Tular Video Pegawai KDN Ajak Gadvh, Terbaru Pihak KDN Serah Kepada Polis Untuk Siasatan. Dan Ini Hasil Siasatan Pihak KDN Pasti Kecewa Dengan Individu Tersebut

SHAH ALAM – Kementerian Dalam Negeri menjelaskan seorang individu dalam video pertengkaran tular di media sosial yang mendakwa diri daripada kementerian itu adalah Ahli Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia Rela yang dilantik pada Februari 2015.

Tular Video Pegawai KDN Ajak Gadvh, Terbaru Pihak KDN Serah Kepada Polis Untuk Siasatan. Dan Ini Hasil Siasatan Pihak KDN Pasti Kecewa Dengan Individu Tersebut
Tular Video Pegawai KDN Ajak Gadvh, Terbaru Pihak KDN Serah Kepada Polis Untuk Siasatan. Dan Ini Hasil Siasatan Pihak KDN Pasti Kecewa Dengan Individu Tersebut
Dalam satu kenyataan, KDN berkata, siasatan lanjut mendapati individu itu juga telah digantung dari jawatan tersebut atas kesalahan salah guna kuasa pada Mei 2017.

KDN memandang serius sebuah klip video yang tular di media sosial sejak semalam mengenai satu insiden pertengkaran di lebuh raya di mana seorang individu dalam video tersebut telah mendakwa dirinya dari KDN.

Kementerian memohon agar pihak terlibat untuk tampil membuat laporan polis supaya tindakan selanjutnya untuk menyiasat individu tersebut boleh dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia PDRM, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, KDN memanjangkan klip video tersebut kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

ARTIKEL MENARIK: Isu kapal selam : Tindakan Kerajaan Perancis ini buatkan Najib semakin pucat!


KDN ingin mengingatkan warga KDN atau mana-mana individu agar tidak salah guna nama KDN untuk kepentingan sendiri, katanya.

Semalam, sebuah klip video berdurasi satu minit mengenai satu insiden pertengkaran di lebuh raya mula tular di media sosial.

Dalam kejadian tersebut melibatkan tiga buah kereta di mana salah seorang pemandu yang mendakwa dirinya sebagai anggota KDN telah mengugut salah seorang pemandu.

Video :


SUMBER: Sinar / Youtube via MAMAKUSYG


Dibuli dijalan raya, apa hak kita? peguam kongsi 5 perkara penting yang wajib anda baca!

Dibuli dijalan raya, apa hak kita? peguam kongsi 5 perkara penting yang wajib anda baca! | Ini berkenaan video yang sedang viral. Pergaduhan di atas jalan raya yang melibatkan 3 buah kereta dan seorang lelaki mendakwa dirinya dari KDN. Saya tidak mahu komen tentang salah betul video itu. Hujung pangkalnya pun saya tidak tahu.

Tetapi sekiranya anda dijalan raya! Anda dibuli begini. Apa perlu anda lakukan?

Tahukah anda, bagi pembuli jalan raya ini jika sabit kesalahan. Si pembuli boleh didenda atau hukum penjara dibawah dua seksyen yang berbeza.

Sekiranya si pelaku bertindak mengetuk atau merosakkan kereta anda, boleh didakwa bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kerosakkan bagi harta benda bernilai RM25.00 ke atas. HUKUMANNYA penjara minimum setahun dan maksimum 5 tahun ATAU denda ATAU kedua-duanya sekali.

Sekiranya si pelaku bertindak mengugut atau mengancam tetapi tiada tindakan merosakkan atau mencederakan. Hanya ugutan. Boleh dikenakan hukuman dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah HUKUMANNYA penjara tidak melebihi 2 tahun ATAU denda ATAU kedua-duanya sekali.

Sekiranya ugutan jenayah yang dibuat adalah ugutan bunuh, mencederakan dengan parah, membakar harta benda atau apa-apa sahaja ugutan berat, maka Seksyen 506 ini memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 7 tahun ATAU denda ATAU kedua-duanya sekali.Kalau pesalah melakukan kedua-dua kesalahan di atas, maka si pesalah akan disabitkan dan didenda dibawah kedua-dua seksyen ini.

Banyak kes-kes dilaporkan terhadap pembuli jalan raya yang dihadapkan ke mahkamah sehingga dihukum denda atau penjara. Jadi sekiranya anda, dibuli begini. Ambil tindakan agar si pelaku dibawa ke muka pengadilan! Sebelum buat laporan pastikan seperti yang berikut:

1. Ambil nombor pendaftaran kenderaan.
2. Kenal pasti jenis kenderaan seperti jenama, model dan warna kenderaan.
3. Kenal pasti pemandu seperti jantina dan bangsa.
4. Catat waktu kejadian, tempat kejadian seperti lebuhraya mana? Dari arah mana ke mana? Di laluan (lane) ke berapa?
5. Catat apa tindakan buli. Sama ada hanya ugutan sahaja? Atau perbuatan merosakkan kenderaan.

– kalau ada rakaman video atau gambar pesalah yang ditangkap, lebih bagus.

Tetapi ingat, jangan edit video tersebut. Contohnya anda juga sama-sama melakukan provokasi seperti menendang kereta si pelaku tetapi anda hanya merakam saat si pelaku sahaja yang melakukan kesalahan. Membuat laporan polis palsu dengan menyembunyikan fakta, boleh menyebabkan anda didenda atau penjara.

Cukup 5 langkah di atas. Anda boleh membuat laporan polis terhadap si pelaku dan supaya pihak polis mengambil tindakan di bawah seksyen 427 dan seksyen 506 ini. Banteras pembuli jalan raya!

sumber Nor Zabetha

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post