Kongsi Gambar Peluk Tun Mahathir, Izara Aishah Tampil Mohon Maaf

Kongsi Gambar Peluk Tun Mahathir, Izara Aishah Tampil Mohon Maaf

Kecoh sambutan Aidilfitri baru-baru ini apabila Izara Aishah telah memuatnaik satu gambar “terlebih” mesra antara dirinya dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir. Gambar tersebut telah mendapat krtikan meluas daripada para netizen yang mempersoalkan tindakan Izara memeluk Tun Mahathir.

Kongsi Gambar Peluk Tun Mahathir, Izara Aishah Tampil Mohon Maaf
Kongsi Gambar Peluk Tun Mahathir, Izara Aishah Tampil Mohon Maaf
Bagi netizen, ia satu perbuatan tidak menghormati Perdana Menteri dan boleh menimbulkan ruang untuk beliau dikritik oleh pihak pembangkang.

ARTIKEL MENARIK: [VIDEO] Berulang-Ulang Tengok, Tapi Budak Baju Kuning Tu Dah Kenapa – Tarian ‘Lavida Raya’ Versi Intan Liana Tarik Perhatian Netizen


izara aishah peluk tun m


Enggan memanjangkan lagi isu tersebut, Izara Aishah telah pun memadan gambar tersebut daripada Instagramnya dan telah tampil membuat permohonan maaf. Menurut Izara, keterujaannya bertemu dengan Tun Mahathir ketika itu telah membuatkan dirinya tidak dapat berfikir kesesuaian menangkap gambar tersebut.

Kata Izara:-
Seperti kebanyakan rakyat Malaysia, saya sentiasa kagum setiap kali bertemu dengan Tun Mahathir. Perkara yang sama terjadi beberapa hari lalu, namun saya telah melakukan perkara yang terlebih apabila berkongsi gambar momen peribadi ketika berhari raya bersama beliau. Saya menyesali apabila sesetengah netizen telah memberi reaksi negatif terhadap gambar tersebut. Kepada Tun dan keluarga, saya memohon maaf atas sebarang kesilapan akibat perbuatan ‘terlebih’ saya itu. Maaf zahir batin
izara aishah peluk tun m


Abang Nara pun sekiranya dapat bertemu Tun Mahathir pasti tidak akan dapat mengawal rasa keterujaan. Namun kita perlu pandai membezakan gambar yang perlu dan tidak perlu dikongsikan untuk tatapan umum. Semoga Izara belajar daripada kesilapan ini. Kita perlu sentiasa berhati-hati memuatnaik sebarang gambar, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan pemimpin negara yang tercinta.


izara aishah peluk tun m


Apa pun sempena hari raya ini, marilah kita doakan agar Tun Mahathir terus diberikan tenaga untuk memacu Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih maju. Sama-sama kita doakan.

Sumber: Beautifulnara

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post