Isu kapal selam : Tindakan Kerajaan Perancis ini buatkan Najib semakin pucat!

Isu kapal selam : Tindakan Kerajaan Perancis ini buatkan Najib semakin pucat!

Video sekadar hiasan baca artikel penuh dibawah sumber petikan dari themalaysianinsight.com

Isu kapal selam : Tindakan Kerajaan Perancis ini buatkan Najib semakin pucat!
Isu kapal selam : Tindakan Kerajaan Perancis ini buatkan Najib semakin pucat!



ARTIKEL MENARIK: Terkini Bekas PM DS Najib Razak Tak Tahu Sumber Dana Beli Barang Kemas Rosmah Mansor.



Isu kapal selam : Tindakan Kerajaan Perancis ini buatkan Najib semakin pucat! | PERANCIS masih menyiasat pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia semasa Najib Razak menjadi menteri pertahanan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Menerusi posting di laman Facebook Kementerian Kewangan, Lim berkata beliau bertemu Duta Perancis Frédéric Laplanche di kementeriannya di Putrajaya hari ini, di mana Laplanche mengesahkan pihak kehakiman negaranya masih menyiasat skandal rasuah dalam kes kapal selam Scorpene yang bernilai 1 bilion euro.

“(Laplanche) memberikan sokongan penuh terhadap usaha Kerajaan Malaysia baharu yang mempromosikan ketelusan dan pendedahan skandal kewangan di mana kebenaran dan keadilan harus menjadi tunjang utama.


“Beliau juga mendedahkan berita bahawa pihak kehakiman Perancis sedang menyusuli skandal rasuah dalam kes kapal selam Scorpene yang bernilai 1 bilion euro,” kata Lim dalam posting itu.

Pembelian Scorpene dibuat pada 2002 dari unit limbungan kapal DCN Perancis.

Pada 2009, pihak berkuasa Perancis menuduh dua bekas eksekutif utama, salah seorang adalah dari syarikat subsidiari DCN atas dakwaan rasuah berhubung pembelian kapal selam itu.

Sebuah syarikat yang dikaitkan dengan penganalisis politik dan penasihat Najib, Abdul Razak Baginda, iaitu Perimekar Sdn Bhd didakwa menerima RM540 juta sebagai komisen bagi perjanjian pembelian tersebut.

Beberapa dana dari penjualan juga didakwa disalurkan ke sebuah lagi syarikat yang juga dikaitkan dengan Abdul Razak, Terasasi Ltd yang didaftarkan di Hong Kong.

Kumpulan hak asasi manusia, Suaram telah memfailkan aduan dengan pihak berkuasa Perancis yang mencetus permulaan siasatan kehakiman di Paris pada 2012.

Abdul Razak didakwa oleh mahkamah Perancis pada Julai tahun lepas kerana terlobat dalam rasuah dan menerima suapan. Bagaimanapun, dakwaan dalam sistem undang-undang Perancis tidak sama dengan dakwaan di bawah undang-undang Komanwel.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu baru-baru ini berkata kementeriannya akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kes Scorpene. – 22 Jun, 2018.


Sumber: helangmerah

Perancis siasat pembelian Scorpene



Pihak berkuasa Perancis telah memaklumkan kepada Putrajaya bahawa sistem kehakimannya sedang meneliti skandal rasuah melibatkan pemerolehan kapal selam Malaysia pada tahun 2002.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, maklumat itu disampaikan oleh Duta Perancis Frédéric Laplanche ketika pertemuan kedua-dua pihak hari ini.

“Beliau juga mendedahkan berita bahawa pihak kehakiman Perancis sedang menyusuli skandal rasuah dalam kes kapal selam Scorpene yang bernilai 1 billion euro.

“Tetapi ini tidak melibatkan kes pembunuhan Altantuya kerana ia di luar bidang kuasa Perancis,” kata Lim di halaman Facebook Kemnetrian Kewangan.

Lim berkata duta besar itu juga telah mmeberikan sokongan penuh terhadap usaha Kerajaan Malaysia mempromosikan ketelusan dan pendedahan skandal kewangan negara.
Di samping itu, beliau berkata perbincangan hari ini juga melibatkan kepentingan bersama antara kedua-dua negara.

Pada tahun 2002, Malaysia memperoleh dua kapal selam kelas Scorpène dari syarikat pertahanan Perancis. Pada masa itu, menteri pertahanan Malaysia ialah Datuk Seri Najib Razak.

Berikutan itu, pendakwa Perancis melancarkan siasatan terhadap tuduhan bahawa rakyatnya telah menerima sogokan dari perjanjian itu.

Setakat ini, siasatan diarahkan kepada bekas pengerusi DCNI tentera laut Perancis dan bekas ketua eksekutif pertahanan dan syarikat elektronik besar di Perancis, Jean-Paul Perrier.

Seorang lagi yang disasarkan penyiasat Perancis ialah Abdul Razak Baginda, warga negara Malaysia yang dipercayai pernah menjadi rakan sekutu Najib, yang mengakui dibayar €30 juta untuk mendapatkan nasihat mengenai perjanjian kapal selam Scorpene.

Penyiasat Perancis juga menemui dakwaan bahawa €114 juta telah dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dilaporkan dikawal oleh isteri Abdul Razak.

Sumber : malaysia kini

Sumber : kicappedas

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post