Terkini Bekas PM DS Najib Razak Tak Tahu Sumber Dana Beli Barang Kemas Rosmah Mansor.
Terkini Bekas PM DS Najib Razak Tak Tahu Sumber Dana Beli Barang Kemas Rosmah Mansor. |
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak tahu dari mana dana diperolehi untuk membiayai pembelian barangan kemas isterinya Rosmah Mansor.
Saya tak tahu dari mana sebenarnya sumber untuk mendanai semua ini, kata anggota parlimen pembangkang dari Pekan itu dalam temu bual bersama Reuters.
ARTIKEL MENARIK: Zahid Hamidi Dedahkan Kenapa Dia Jumpa Tun Mahathir Tetapi Apa Yang Khairuddin Bagitahu Memang Mengejutkan Semua
Sebelum itu Najib yang juga bekas perdana menteri ditanya mengenai barang kemas – termasuk set berlian merah jambu bernilai AS$27.3 juta – diyakini pihak berkuasa AS dibeli Jho Low menggunakan dana 1MDB dan diberikan kepada Rosmah.
Najib juga menjelaskan bagaimana Rosmah memberitahunya bahawa beliau tidak menerima hadiah barang kemas yang dijanjikan kepadanya.
Apa yang saya tahu ialah, apabila saya bertanya kepada isteri saya, dia berkata misalnya dia sepatutnya mendapat satu hadiah tetapi dia tidak pernah menerimanya, kata Najib dipetik Reuters.
Najib yang menjadi perdana menteri pertama BN kehilangan kuasa kepada pembangkang sebelum itu ditemu bual secara eksklusif oleh agensi berita antarabangsa itu di Langkawi, Kedah.
Najib dan Rosmah berada di pulau peranginan itu – yang menghantar Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi dihantar ke Putrajaya – untuk bercuti.
Sejurus selepas BN tumbang dan kehilangan kuasa kepada Pakatan Harapan, pasangan terbabit bercadang bercuti ke luar negara namun hajat berkenaan tidak kesampaian apabila Jabatan Imigresen menyenarai hitam nama mereka daripada meninggalkan Malaysia.
Selain barang kemas untuk Rosmah Jabatan Kehakiman AS percaya dana 1MDB digunakan untuk membiayai pembikinan filem terbitan anak Rosmah hasil perkahwinan terdahulunya, Riza Aziz.
Satu daripada filem terbitan syarikat Riza ialah The Wolf of Wall Street.
Najib memberitahu Reuters, sumber dana itu sedang disiasat namun beliau enggan memberikan penjelasan lebih lanjut.
Saya juga ingin menyatakan bahawa Riza melakuannya dengan sangat baik filem-filem itu, jualan pecah panggung mencecah lebih AS$800 juta
Jadi ia bukan berkaitan salah guna. Ia melibatkan keuntungan, tetapi sumber dana itu tertakluk kepada siasatan. Saya fikir kita biarkan ia begitu, katanya lagi.
Anak perdana menteri kedua Malaysia itu juga mempertahankan tindakannya berdiam diri dalam isu 1MDB semasa menduduki Putrajaya.
Semua benda ini berlaku di luar Malaysia.
Terdapat beberapa soal antarabangsa jika saya katakan sesuatu, kerana saya akan menamakan individu-individu tertentu yang mungkin mempengaruhi hubungan diplomatik dengan mereka.
Atas asalan itu saya mengelak daripada bercakap mengenainya, kata Najib.
Video :
Cerita Seterusnya…
DS Najib Razak Tak Sangka Bala Besar Nak Menimpa BN.
Menjelang pilihan raya umum PRU ke14 Datuk Seri Najib Razak percaya ada beberapa kerusi akan menyaksikan calon BN akan kecewa.
Namun bekas perdana menteri dan presiden Umno itu tidak menyangka parti yang dipimpinnya itu akan tersungkur untuk kali pertama sejak negara ini mencapai kemerdekaan.
Saya ada menjangkakan sedikit. Saya tak menyangka ia begini teruk.
Saya fikir kami mungkin kalah di beberapa kerusi namun saya tidak menjangkakan keputusan sebegini dramatik dan malang.
Ia adalah trauma seperti yang anda boleh bayangkan, untuk sebuah parti yang bertahan dalam kuasa selama lebih 60 tahun.
Sejarah Malaysia pada asasnya ialah sejarah Umno dan BN, katanya sewaktu diwawancara agensi berita Reuters di Langkawi, Kedah.
Najib dan isterinya Rosmah Mansor sedang bercuti di sebuah pusat pelancongan elit di pulau peranginan berkenaan. Pasangan terbabit sebelum ini sudah merancang untuk bercuti ke luar negara tetapi terpaksa dibatalkan apabila nama mereka dimasukkan ke senarai orang yang dilarang meninggalkan Malaysia oleh Jabatan Imigresen.
Pada PRU ke-14 lalu BN hanya memenangi 79 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat. Lima tahun lalu gabungan terbabit memenangi 133 kerusi dan kekal memerintah Malaysia.
Lebih memburukkan keadaan BN, sembilan daripada 13 parti komponen mereka meninggalkan gabungan berkenaan untuk membentuk pakatan sendiri di Sarawak.
Keadaan itu meletakkan BN kini hanya menguasai 57 kerusi di parlimen.
Dalam temu bual itu Najib menyalahkan tuduhan dilempar pembangkang sebagai punca BN kecundang.
Mereka pembangkang tampil dengan tuduhan yang berat untuk memfitnah saya dan kerajaan.
Malangnya selepas satu tempoh, ia mengubah pandangan orang ramai,” katannya.
Najib juga berkata Tun Dr Mahathir Mohamad – tokoh yang satu ketika dulu bersungguh-sungguh melobi untuk menaikkannya menjadi perdana menteri – pintar dalam strategi semasa mengepalai Pakatan Harapan bagi berdepan dengan BN.
Dia tahu BN, dia tahu mengenai perkhidmatan awam. Dia tahu segala-galanya mengenai sistem yang ada, jadi dia beroperasi dari dalam dan luar. Justeru dia mempunyai kelebihan tersendiri.
Dia agak pintar dari satu segi, merangkumkan segala-galanya dalam terma yang sangat mudah dan mengulang-ulanginya berkali-kali.
Satu lagi isu yang saya sedih ialah kami tidak kalah kepada satu agenda yang besar, katanya.
Sumber : Malaysiakini/Youtube Sinar via mamakusyg
Sumber : kicappedas
Post a Comment