Tak sampai sebulan Tabung Harapan kutip RM108 juta

Tak sampai sebulan Tabung Harapan kutip RM108 juta

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara era Najib Razak yang mencecah RM1 trilion. – Foto The Malaysian Insight

Tak sampai sebulan Tabung Harapan kutip RM108 juta
Tak sampai sebulan Tabung Harapan kutip RM108 juta
Tabung Harapan Malaysia berjaya mencapai kutipan RM108 juta setakat jam 3 petang ini tidak sampai sebulan selepas dilancarkan.

ARTIKEL MENARIK: DS Najib Memandu Kereta Membawa Diri Sambil Menangis Cerita Tentang Tun Razak Dan Asal Usul Pekan. Sebak Dengar


Ini bermakna sebanyak RM15 juta telah disumbangkan rakyat Malaysia dalam tempoh sehari untuk mencapai jumlah RM108,215,946.39 hari ini berbanding RM92,692,933. 35 juta semalam.

Jumlah kutipan terkini tabung itu dikeluarkan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.

Jumlah kutipan tabung tersebut akan dikemaskini pada 3 petang setiap hari di laman web Kementerian Kewangan.


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini berkata, sumbangan derma yang disalurkan kepada tabung tersebut hanya akan digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

Rakyat yang ingin menyumbang kepadaTabung Harapan Malaysia boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5660-1062-6452.

Sumber - Malaysia Stylo.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post