Sukar pulihkan UMNO jika ‘orang Najib’ kekal dalam parti – calon Ketua Pemuda

Sukar pulihkan UMNO jika ‘orang Najib’ kekal dalam parti – calon Ketua Pemuda

KUALA LUMPUR: Sukar untuk UMNO pulih sepenuhnya sekiranya mereka yang ‘bersekongkol’ dengan bekas presiden parti Datuk Seri Najib Razak ingin terus kekal dalam parti, kata calon Ketua Pemuda Syed Rosli Jamalullail Syed Harman hari ini.

Sukar pulihkan UMNO jika ‘orang Najib’ kekal dalam parti – calon Ketua Pemuda
Sukar pulihkan UMNO jika ‘orang Najib’ kekal dalam parti – calon Ketua Pemuda
Katanya, individu yang dikaitkan dengan pelbagai isu sepatutnya melakukan tindakan bertanggungjawab dengan tidak menawarkan diri bertanding lagi, contohnya seperti Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

ARTIKEL MENARIK: Tular Video Pegawai KDN Ajak Gadvh, Terbaru Pihak KDN Serah Kepada Polis Untuk Siasatan. Dan Ini Hasil Siasatan Pihak KDN Pasti Kecewa Dengan Individu Tersebut


Menurut Syed Rosli, menjadi parti pembangkang yang dihormati dan dipercayai rakyat, UMNO memerlukan barisan kepimpinan yang berintergriti dan mempunyai kredibiliti. – Gambar fail
Ini katanya, demi memberi peluang kepada muka baharu yang bersih untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO.

Menurutnya, untuk menjadi parti pembangkang yang dihormati dan dipercayai rakyat, UMNO memerlukan barisan kepimpinan yang berintergriti dan mempunyai kredibiliti.

“Jika tidak Umno akan kekal sebagai pembangkang buat jangka masa yang lama,” kata Syed Rosli dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengambil contoh persaingan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang menyaksikan tiga calon yang memegang jawatan dalam kerajaan dan struktur kepimpinan parti sebelum ini.


Mereka ialah Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang pernah menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun yang juga dilantik menjadi Senator dalam Dewan Negara, serta Ketua Pemuda UMNO Pahang Shahar Abdullah.

“Mereka ini adalah antara yang mendiamkan diri ketika skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang melibatkan Najib.

“Dengan itu sudah pasti mereka juga adalah liabiliti kepada UMNO,” kata Syed Rosli.

Sumber: astroawani

Umno perlukan ‘penawar’ – Ku Li

8a7aa73fc845a697350bb2727c09617c.jpg


Umno perlu melakukan ‘pembersihan’ dan ‘pembaikan’ seperti dituntut masyarakat bagi menebus semula integriti parti yang dilihat semakin pudar dalam perjuangannya, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Veteran Umno berusia 81 tahun itu berkata antara ‘pembersihan’ yang mesti diutamakan adalah dari aspek lagak kepimpinannya berikutan sebelum ini masyarakat melabel pemimpin parti berkenaan sebagai sombong, melampau elitis malah ada yang sukar dibuat janji temu.

Menyatakan perkara berkenaan antara pendekatan yang akan diketengahkannya jika dipilih sebagai presiden Umno pada pemilihan parti 30 Jun ini, beliau berkata langkah tersebut juga boleh menjadi ‘penawar’ kepada persepsi masyarakat terhadap parti itu.

“Kita mahu pastikan polisi parti dapat menyembuhkan semula Umno khususnya dari aspek integriti yang sebelum ini dilihat kurang disukai masyarakat.

“(Anggota dan pemimpin Umno) cuba jaga diri, jangan terlibat dalam perkara-perkara yang tidak disukai rakyat seperti rasuah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra beliau bersama-sama pemimpin dan wakil UmnoSelangor, di Shah Alam malam tadi.

Selain Tengku Razaleigh, jawatan tertinggi Umno itu turut menjadi rebutan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, anggota Umno bahagian Bandar Tun Razak Mohamed Iqbal Maricair dan anggota Umno bahagian Iskandar Puteri Mohd Yusof Musa@Jamaluddin.

Ketika ditanya sama ada ‘pembersihan’ Umno juga perlu melibatkan perubahan jawatan, Tengku Razaleigh yang lebih mesra dipanggil Ku Li berkata ia terpulang kepada kemahuan perwakilan peringkat cawangan dan bahagian kerana beliau yakin akar umbi lebih mengetahui tentang wujudnya petualang dalam parti.

Malah, katanya perwakilan harus bijak menilai siapa petualang dalam parti demi memastikan kelangsungan parti berkenaan pada masa depan.

Ditanya mengenai tempoh pemulihan yang diperlukan Umno susulan ‘kerosakan’ dalamannya sehingga menyebabkan parti tersebut tersungkur buat pertama kali dalam pilihan raya umum lepas , bekas menteri kewangan dari tahun 1976 hingga 1984 itu berkata ia bergantung kepada respons masyarakat terhadap gerak kerja anggotanya selepas ini.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis tersebut, ketua bahagian Umno Gua Musang itu menggesa anggota Umno menyuburkan kembali semangat Melayu sepertimana yang pernah ditonjolkan pemimpin terdahulu semasa mahu memerdekakan Tanah Melayu pada zaman pemerintahan British.

“Dahulu, kebangkitan dan penyatuan Melayu untuk mencapai kemerdekaan mampu menyebabkan British berundur. Kenapa tidak sekarang (semangat dipupuk semula)? 

Setelah kita ada kuasa dan dapat pendidikan, jangan disebabkan ada masalah, ia pecah belahkan kita,” katanya.

– Bernama via malaysiakini

Kredit - kicappedas

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post