“Saya tak mau tumbuk” – Bapa buru lelaki ‘lelong’ duit kepada anaknya

“Saya tak mau tumbuk” – Bapa buru lelaki ‘lelong’ duit kepada anaknya

PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki yang membuat video ‘lelong duit raya’ kepada sekumpulan kanak-kanak di tepi jalan memakan diri apabila dia kini dihentam teruk oleh netizen.

“Saya tak mau tumbuk” – Bapa buru lelaki ‘lelong’ duit kepada anaknya
“Saya tak mau tumbuk” – Bapa buru lelaki ‘lelong’ duit kepada anaknya

❗UPDATE ❗ MESEJ DARI AYAH BUDAK PEREMPUAN BAJU HIJAU DALAM VIDEO INI“Cuma nak minta admin up semula video…
Posted by TEHPANAS on Monday, June 18, 2018
Malah, bapa kepada salah seorang daripada kanak-kanak terbabit turut memburu si pelaku kerana sengaja memalukan anaknya dengan memuat naik video berkenaan sehingga tular di media sosial.

Terkesan dengan perkara itu, Shahrulnizam Jaafar, 46, memohon bantuan netizen supaya mempertemukan dia dengan individu terbabit.

“Sebagai ayah saya tak boleh diamkan perkara ini. Tujuan saya nak jumpa dia bukan nak lepaskan geram, memukul atau mencederakannya.

“Ada yang suruh tumbuk, suruh pukul tapi saya masih waras dan tahu batas undang-undang.

ARTIKEL MENARIK: Minta beli mercun, lakar gambar kepala


“Saya pun tak nak berdendam dan biarkan ia berlarutan. Saya mahu dia tampil dan memohon maaf kepada anak saya dan sepupunya yang dirakam dalam video itu,” kata Shahrulnizam ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

VIDEO:


Menurut pesara tentera itu, anaknya, Nur Qistina Huda, 8, ada memaklumkan mengenai kejadian tersebut yang berlaku hari raya pertama, Jumaat lalu.



Qistina dan dua sepupunya mengadu diganggu seorang lelaki yang menaiki kereta sewaktu berjalan di sekitar Kampung Sungai Keria, Perlis pada hari kejadian.

“Dia ada balik mengadu. Selepas kejadian itu dia pun tak ada mood nak beraya. Tapi tak sangka pula ada video sehinggalah diberitahu oleh adik saya pada petang Isnin.


“Mungkin orang tu niat nak bergurau tapi tak kena tempat. Cuba bayangkan kalau saudara mara sendiri yang kena.
Video Terdahulu :

“Perkara ini saya kira agak mengaibkan. Kalau kawan-kawan dia di sekolah tengok video ni dan dia kena ejek, kesian anak saya,” ujarnya lagi.

Sementara itu, video berkenaan yang dimuat naik sendiri oleh pelaku menerusi laman Twitter bagaimanapun telah dipadam.

Dia juga dipercayai sudah menyahaktifkan akaun Twitter miliknya setelah dihujani kecaman netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan biadabnya.

“Punyalah bangga video prank budak dapat 1,000 ulang kicau. Kena kecam pun buat keras je. Sekali bapak budak tu nak kutip, terus hilang dari radar. Instagram Twitter semua sudah dipadam,” tulis seorang netizen.

“Benda macam tu pun nak melawak eh? Betul la kata P.Ramlee, dah tua pun bodoh,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.

Menerusi video itu, lelaki berkenaan memperlahankan kenderaannya sebelum menawarkan duit raya kepada tiga kanak-kanak perempuan di tepi jalan.

“Nak duit raya? Duit raya habis,” ujar lelaki itu sebelum ketawa terbahak-bahak sebelum meneruskan pemanduan.

Lelaki itu dilihat tidak berseorangan, sebaliknya ditemani rakan-rakannya yang turut merakamkan tindakannya.

Lebih menyedihkan, riak wajah kanak-kanak berkenaan yang kelihatan gembira pada mulanya turut berubah setelah dipermainkan lelaki itu.

“Alhamdulillah 99 peratus saya tengok ramai yang sokong anak saya dan simpati dengan apa yang berlaku. Saya berterima kasih dengan sokongan orang ramai.

“Apa-apapun, saya nasihatkan pada semua supaya membuat pertimbangan dahulu sebelum memuat naik dan menularkan apa-apa video. Fikir dahulu sama ada ia lawak atau aib,” tambahnya Shahrulnizam lagi.

Sumber: Mstar

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post