Minta beli mercun, lakar gambar kepala

Minta beli mercun, lakar gambar kepala

BAPA kepada kanak-kanak yang maut terkena mercun, Muhammad Saad Yusuf, 43, tidak menyangka cuti Aidilfitri di kampung isterinya di Felda Papan Timur, Kota Tinggi, sejak 9 Jun lalu, bertukar tragedi.

Minta beli mercun, lakar gambar kepala
Minta beli mercun, lakar gambar kepala
Anak ketiga Muhammad Saad, Nuraqira Khaeefa Muhammad Saad, tujuh tahun, atau mesra dipanggil Aqira, dipercayai maut selepas beberapa serpihan bekas mercun yang meletup, terlekat pada kepalanya.

Muhammad Saad berkata, kejadian berlaku kira-kira 8 malam, 14 Jun lalu.

Katanya, ketika itu Aqira bersama tiga sepupunya berada di halaman rumah untuk mengutip sampah sebagai persiapan menyambut raya.

“Ketika kejadian, kami terdengar bunyi letupan kuat umpama meriam. Bunyi kuat berkenaan juga mengakibatkan gegaran tingkap dan pintu rumah.

ARTIKEL MENARIK: (Video) Mercun naga dibakar sekumpulan kanak-kanak tersasar ke gerai mercun


“Ahli keluarga yang meninjau di luar rumah terkejut mendapati Aqira dalam keadaan rebah dan darah mengalir daripada kepalanya.

“Saya difahamkan ia berpunca daripada serpihan bekas mercun yang terpelanting dari rumah penduduk lain ke halaman rumah kami hingga ia terkena pada bahagian kiri kepala Aqira,” katanya.

Muhammad Saad berkata, Aqira dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada hari sama.

Menurutnya, Aqira yang dalam keadaan koma bertambah kritikal termasuk degupan jantung semakin lemah mulai kelmarin sebelum menghembus nafas terakhir pada 7 malam, semalam.

“Terdapat beberapa petanda kejadian berlaku misalnya Aqira menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp meminta saya membelikan mercun selain turut melakar gambar kepalanya.

“Kami sudah membeli beberapa baju raya dan kasut raya bagi Aqira dan tidak sangka dia tidak berpeluang menggunakannya.


“Jenazah Aqira yang tiba ke rumah di kampung isteri malam tadi selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Felda Papan Timur pada 9 pagi tadi,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Johor Bahru Sentral, semalam.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Azhar Salamat, 47, berkata, kejadian berkenaan sepatutnya dijadikan pengajaran bagi semua golongan.

Menurutnya, keluarganya juga berharap orang ramai tidak melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap keluarganya.

“Adik ipar saya (bapa mangsa) hanya berserah kepada Allah SWT atas kecuaian insan yang meragut nyawa anaknya dan tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak.

“Apa yang pasti kami akan merindui Aqira selama-lamanya kerana arwah adalah seorang yang periang dan rapat dengan ahli keluarga termasuk sepupunya.

“Beberapa jam sebelum kejadian arwah amat gembira kerana mampu berpuasa penuh dan menyatakan dia tidak sabar mahu meraikan Aidilfitri termasuk memakai baju raya. Semoga arwah tenang,” katanya.

SUMBER : HMETRO

SUMBER : Muka Media

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post