Ini Kata Kata Pendekar Padang Rengas Kepada Khairy Jamaluddin Dan Siapa Nazri Akan Sokong

Ini Kata Kata Pendekar Padang Rengas Kepada Khairy Jamaluddin Dan Siapa Nazri Akan Sokong

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata beliau tidak ada masalah dengan ikrar Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk “membebaskan Umno dari cengkaman panglima politik” meski mengakui beliau adalah salah seorang daripadanya.

Ini Kata Kata Pendekar Padang Rengas Kepada Khairy Jamaluddin Dan Siapa Nazri Akan Sokong
Ini Kata Kata Pendekar Padang Rengas Kepada Khairy Jamaluddin Dan Siapa Nazri Akan Sokong
“Betul, masih ramai panglima politik dalam Umno. Itu lumrah dalam sesebuah parti.

“Itu pendapat Khairy sendiri. Tak ada masalah. Contohnya, saya panglima politik di Padang Rengas. Saya sudah menjadi ketua bahagian di situ untuk 20 tahun,” katanya.

Awal hari ini, Khairy mengumumkan untuk bertanding jawatan presiden Umno dan menyatakan ikrarnya untuk menerajui Umno menjadi parti yang lebih terbuka dan bebas daripada cengkaman warlords(panglima politik).

Diminta mengulas lanjut, Nazri berkata, “kita tunggu dan lihat” sama ada Khairy mampu.

“Kita perlu tunggu dan lihat keputusan namun apa pun jadi di peringkat tertinggi, saya akan sentiasa jadi panglima politik Padang Rengas,” katanya.”

ARTIKEL MENARIK: Jangan semata-mata bongkarkan skandal Najib! Ini nasihat penuh Anwar Ibrahim pada Lim Guan Eng


Tujuh calon telah menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan presiden Umno namun ramai pihak bertumpu kepada tiga nama iaitu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy.

Tambah Nazri, umur Khairy atau mana-mana pemimpin politik tidak seharusnya menjadi ukuran kemampuan mereka.

Nazri juga menegaskan dirinya sebagai penyokong Ahmad Zahid meskipun mengalu-alukan pencabar lain.

“Saya rasa masing-masing yang bertanding mempunyai rancangan mereka sendiri untuk membangkitkan Umno dan satu-satunya cara untuk mereka melaksanakan hal itu adalah dengan menjawat jawatan tertinggi parti. Saya ucapkan selamat berjaya kepada mereka.

“Untuk saya, saya akan menyokong Ahmad Zahid dan Tan Sri Annuar Musa demi kesatuan, kestabilan dan kelangsungan (Umno),” katanya.


Untuk memberi sokongan kepada Ahmad Zahid, Nazri berkata, beliau akan membantu pemangku presiden Umno itu berkempen meskipun tempoh kempen singkat.

“Saya tidak pasti apa peluang AHmad Zahid untuk menang tapi saya akan sokong dia.
“Mungkin agak lewat kerana kita cuma ada 13 hari (berkempen) dan itu tidak berapa baik… tapi saya akan hubungi rakan-rakan saya dan meminta mereka menyokon Ahmad Zahid,” katanya.

Sumber : Malaysia Kini

Nazri: Umno lebih rela bersama DAP, PKR daripada PAS



Pemimpin Umno dan bekas menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menepis cakap-cakap Umno sedia bekerjasama dengan PAS | KUALA LUMPUR, 19 Jun — Ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Umno lebih rela bekerjasama dengan DAP dan PKR daripada PAS.

Wakil rakyat Padang Rengas tidak percaya parti berasaskan agama mempunyai masa depan dalam lanskap politik dan tidak bersetuju dengan parti itu.

Bekas menteri pelancongan itu menepis cakap-cakap parti Melayu itu sedia bekerjasama dengan PAS, dilihat rapat sebelum pilihan raya umum 9 Mei lalu.

“Saya tidak fikir begitu, saya tidak fikir kami akan bekerjasama, kerana kedua-dua akan bertanding di kerusi yang sama,” katanya.

“Saya pastinya bukan pendukung idea perjuangan Islam. Saya tidak dapat menerima politik berasaskan agama, malah saya menentang keras.”

Tambahnya, Malaysia sebagai negara majmuk tidak dapat sejalan dengan politik keagamaan yang dibawa PAS.

“Saya lebih rela bekerjasama dengan DAP dan Keadilan (PKR) kerana saya sendiri bukan pendukung ideologi perjuangan Islam,” katanya.

Dalam pilihan raya lalu, PAS menang 18 kerusi parlimen dan Umno pula menguasai 54 kerusi. Buat pertama kali Umno berada di blok pembangkang.

Sumber : https://www.msn.com/en-my/news/national/nazri-umno-lebih-rela-bersama-dap-pkr-daripada-pas/ar-AAyPHwI?li=BBvaMpr

Sumber : kicappedas

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post