Projek ECRL:Dibatalkan Akan Melibatkan Pampasan Yang Besar,Diteruskan Harga Tak Masuk Akal.Kerajaan Sekarang Tersepit Gara-Gara Tindakan Kerajaan Yang Dahulu….

Projek ECRL:Dibatalkan Akan Melibatkan Pampasan Yang Besar,Diteruskan Harga Tak Masuk Akal.Kerajaan Sekarang Tersepit Gara-Gara Tindakan Kerajaan Yang Dahulu….

HAMPIR 20% fasa satu Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang kontroversial sudah sempurna.

Projek ECRL:Dibatalkan Akan Melibatkan Pampasan Yang Besar,Diteruskan Harga Tak Masuk Akal.Kerajaan Sekarang Tersepit Gara-Gara Tindakan Kerajaan Yang Dahulu….
Projek ECRL:Dibatalkan Akan Melibatkan Pampasan Yang Besar,Diteruskan Harga Tak Masuk Akal.Kerajaan Sekarang Tersepit Gara-Gara Tindakan Kerajaan Yang Dahulu….
Justeru, sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) menamatkan projek itu, ia perlu mengeluarkan sejumlah pampasan dan penalti sebanyak RM22 bilion.

Landasan kereta api dari Kelantan ke Pelabuhan Klang itu menjadi tumpuan kritikan yang dianggap sebagai projek mega bernilai RM66 bilion yang tidak mampu dilaksanakan oleh Malaysia.

Dokumen yang dilihat oleh The Malaysian Insight menunjukkan pakej pampasan ini termasuk pembayaran kepada pembekal, kos rombakan, prinsipal pinjaman, caj faedah dan komitmen bekalan dan perkhidmatan.

Sebarang pertikaian mengenai jumlah pampasan mungkin diselesaikan melalui timbang tara, satu proses yang boleh mengambil masa beberapa tahun.

ARTIKEL MENARIK: Terbaru Kenyataan Daripada Dr Danial…Isu Pembubaran JAKIM Membuatkan Rakyat Malaysia Terdiam!!!


Malah lebih membebankan adalah kontrak yang ditandatangani sersama Exim Bank of China.

Pinjaman dengan institusi kewangan itu tidak mempunyai klausa penamatan dan sebarang penamatan kontrak hasil jika memungkir pinjaman perlu dibayar balik dalam tempoh 30 hari perniagaan.

Exim Bank menyediakan 85% pembiayaan pinjaman untuk projek ECRL dan selebihnya disediakan oleh bank tempatan melalui pembiayaan sukuk.

Kerajaan PH menyuarakan kebingungannya mengenai masalah infrastruktur yang ditandatangani antara kerajaan Najib Razak dan syarikat China.

Aduan utama mereka ialah harga yang melambung bagi semua projek ini dan kebergunaannya kepada Malaysia.

Suasana dalam pentadbiran Dr Mahathir Mohamad kini adalah untuk menamatkan sebanyak kontrak yang boleh.

Tetapi beberapa hari kebelakangan ini, pihak berpengaruh nampaknya lebih berhati-hati dalam membincangkan hal projek infrastruktur oleh syarikat China.

Daim Zainuddin, pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan berkata kontrak perniagaan dengan China akan ditangani dengan cara diplomatik.


“China sangat penting untuk kita. Kami sangat menikmati hubungan rapat, tetapi malangnya di bawah pentadbiran terdahulu, banyak kontrak Cina dicemari, sukar difahami dan syaratnya hanya menyebelahi satu pihak,” katanya kepada Star.

Beliau berkata sebarang pembatalan atau kajian semula projek akan dikendalikan melalui saluran diplomatik.

Daim memulakan saluran komunikasi dengan duta China, Bai Tian.

Di pihaknya, syarikat di sebalik ECRL sedang menyiapkan unjuran senario kes terbaik dan terburuk bagi kerajaan Malaysia.

Sumber - Sayap Hitam Dot Com.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post