[Terkini] Ini jumlah yang Tun M umumkan!! Kali pertama pembangkang diberi peruntukan.

[Terkini] Ini jumlah yang Tun M umumkan!! Kali pertama pembangkang diberi peruntukan.

Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memberi peruntukan kepada anggota Parlimen pembangkang dalam memastikan rakyat di kawasan tersebut tidak dipinggirkan.

[Terkini] Ini jumlah yang Tun M umumkan!! Kali pertama pembangkang diberi peruntukan.
[Terkini] Ini jumlah yang Tun M umumkan!! Kali pertama pembangkang diberi peruntukan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet buat kali ketiga hari ini.

ARTIKEL MENARIK: Projek ECRL:Dibatalkan Akan Melibatkan Pampasan Yang Besar,Diteruskan Harga Tak Masuk Akal.Kerajaan Sekarang


e5903f9f429b441535a02de7ae922a18-3.jpe

Bagaimanapun, Mahathir berkata jumlah peruntukan itu sedikit berbeza daripada pusat.

“Kita akan tetap bagi peruntukan kepada mereka tapi kurang sikitlah. RM500,000 untuk kita dan RM100,000 kepada mereka,” katanya.

Ini kali pertama anggota Parlimen pembangkang diberi peruntukan. Sebelum ini, kerajaan BN hanya memperuntukkan dana untuk wakil rakyatnya sedangkan pembangkang tidak menerima sebarang bayaran.

Pada sidang media itu, Dr Mahathir juga mengumumkan peruntukan RM200,000 untuk Pusat Khidmat Anggota Parlimen yang akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Artikel Berkaitan

Elaun keraian pegawai tinggi kerajaan dipotong 10 peratus

Elaun keraian bagi pegawai tinggi kerajaan gred Jusa A ke atas dipotong 10 peratus berkuat kuasa Julai ini.

“Pemotongan elaun keraian pejawat awam (gred) Jusa ke atas akan dipotong 10 peratus.

“Ia sebagai langkah penjimatan kerajaan,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Beliau turut mengumumkan bahawa pegawai tinggi kerajaan akan diwajibkan menjalani ujian kompetensi bahasa Inggeris.

“Kita berpendapat bahasa Inggeris amat penting dan perlu dikuasai oleh pegawai tinggi kerajaan.

Semua pegawai tinggi kerajaan perlu kuasai bahasa Inggeris dengan baik kerana (mereka) akan berrunding dengan pihak asing.

“Ujian kompetensi akan dilakukan,” katanya ringkas tanpa menghuraikan butirannya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Malaysia akan menghantar satu pasukan ke India untuk mengkaji program inovasi meningkatkan kecekapan sektor awam.


INFORMASI

Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau Senat). Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator.

Satu pilihan raya diadakan setiap lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat; manakala ahli-ahli Dewan Negara, iaitu senator, sama seperti ahli-ahli Dewan Pertuanan di United Kingdom, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sidang Parlimen Malaysia diadakan di Bangunan Parlimen yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur. Persidangan terkini adalah merupakan kali ke-12, dirasmikan di bangunan parlimen pada 28 April, 2008. Yang di-Pertua Dewan Rakyat kini ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang dilantik menggantikan Ramli Ngah Talib. Yang Dipertua Dewan Negara pula ialah Dato’ Sri S. Vigneswaran yang dilantik menggantikan Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Wikipedia

Sumber : Malaysiakini

sumber : youarelejen.com

Sumber : Sayap Hitam Dot Com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post