Permohonan Reman Ditolak...Siti Kassim Dibebaskan

Permohonan Reman Ditolak...Siti Kassim Dibebaskan

KAJANG: Peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kassim dilepaskan selepas ditahan pihak polis atas dakwaan melarikan anak guamnya dan mengganggu penjawat awam menjalankan tugas.

Permohonan Reman Ditolak...Siti Kassim Dibebaskan
Permohonan Reman Ditolak...Siti Kassim Dibebaskan
Beliau yang lebih dikenali sebagai Siti Kassim dilepaskan selepas permohonan reman terhadapnya ditolak Mahkamah Kajang kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, siasatan berhubung dakwaan itu masih dijalankan.

"Semalam, kami membuat serbuan di sebuah rumah di Segambut, Kuala Lumpur kira-kira jam 9 malam dan menyelamatkan seorang wanita berusia 24 tahun yang dilaporkan dilarikan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut.

ARTIKEL MENARIK: Datuk Lokman gesa polis siasat segera kekayaan luar biasa Azmin Ali (Toyol of Selangor)


"Puan Siti Kassim datang ke IPD Kajang kira-kira jam 12 tengah malam dan pihak polis menahan beliau untuk membantu siasatan.

"Pagi tadi, kami memohon reman terhadap beliau, bagaimanapun Mahkamah Kajang menolak permohonan reman berkenaan. Dengan bidang kuasa yang ada pada pihak polis, kami membebaskan Puan Siti Kassim pada petang ini," katanya pada sidang media di IPD Kajang, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan siasatan berhubung kes itu tetap akan diteruskan mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik lengkap.


Sementara itu, Siti Kassim berkata, dia akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis berhubung siasatan kes berkenaan.

"Apa yang saya lakukan adalah sebagai seorang peguam yang menjalankan tugas. Saya akan berikan kerjasama penuh kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini.


"Banyak perkara di sebalik kes ini. Jadi, saya faham tugas polis sebab mereka tidak dapat melihat gambaran keseluruhan (kes ini). Pihak majistret menolak permohonan reman selepas dimaklumkan perkara sebenar bagaimana perkara ini jadi begini.

"Jadi tindakan majistret (menolak permohonan reman) adalah betul kerana saya melakukan tugas sebagai peguam dan tidak melakukan sebarang kesalahan," katanya ketika ditemui di IPD Kajang, di sini, sebaik dibebaskan kira-kira jam 2 petang tadi.

NSTP melaporkan Siti Kassim ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang jam 12.40 tengah malam tadi atas dakwaan berkenaan.

Sebelum itu, satu serbuan dibuat sepasukan polis di sebuah kondominium di Segambut, Kuala Lumpur kira-kira jam 9 malam tadi bagi menyelamatkan seorang wanita berusia 24 tahun selepas menerima laporan polis dibuat ibu mangsa pada 21 Jun lalu.

Kredit : Sehinggit Media

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post