Tiada lagi peneman setia ibu

Tiada lagi peneman setia ibu

“Dia ibarat ‘nyawa’ ibu. Dia peneman setia ke mana saja ibu pergi.”Kesedihan itu diluahkan Fatihah Nosri, 31, kakak sulung pemandu Grab, Aiman, 27 yang ditemui mati dengan kesan melecet pada leher di kawasan letak kenderaan di Taman Selayang Baru, Selangor, malam tadi.

Tiada lagi peneman setia ibu
Tiada lagi peneman setia ibu

Fatihah berkata, Aiman keluar dari rumah di Taman Kasturi Heights, Nilai sekitar tengah hari Khamis lalu dan memberitahu ibu mereka, Norizawati Dani, 52, mahu menghantar pelanggan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Puncak Alam, Selangor.

“Adik (Aiman) tidak pulang ke rumah malam itu, tapi itu biasa kerana dia kerap begitu.

ARTIKEL MENARIK: Ibu kelar anak didakwa dan berdepan dengan hukuman gantung


“Jika tidak pulang, adik akan tidur di rumah kawan atau dalam kereta kerana kepenatan. Paling lewat Aiman akan pulang esoknya dan menghubungi ibu bagi memaklumkan mana dia berada,” katanya ketika ditemui di Masjid Dato Klana Petra, Nilai, hari ini.

Fatihah berkata, ibu dan bapa tirinya, Johari Abu Bakar, 52, bimbang apabila Aiman tidak pulang sehingga petang kelmarin.

Katanya, Aiman juga tidak menghantar mesej menerusi WhatsApp atau menghubungi keluarga hingga menyebabkan mereka tertanya-tanya.

“Bapa tiri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pagi semalam kerana bimbangkan keselamatan adik,” katanya.

Fatihah berkata, polis menghubungi ibunya kira-kira jam 7 malam semalam dan memaklumkan adiknya ditemui mati dalam kereta serta dipercayai dibunuh berikutan ada kesan melecet di leher.

Katanya, Aiman adalah lepasan diploma Universiti Selangor (Unisel) dan membawa Grab secara sepenuh masa sejak setahun lalu.


“Aiman bersungguh-sungguh mahu mencari pendapatan bagi membantu keluarga dan mengubah nasib dirinya.

“Dia juga melakukan kerja sambilan membabitkan multimedia, laman web dan pengaturcaraan,” katanya.

ARTIKAL BERKAITAN : 



EBerita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post