Peguam Beri Amaran Pada Agung Lantik Segera Peguam Negara Atau Timbalan Agung Masuk Campur. Peguam Gurdial Singh Nijar

Peguam Beri Amaran Pada Agung Lantik Segera Peguam Negara Atau Timbalan Agung Masuk Campur. Peguam Gurdial Singh Nijar

YANG di-Pertuan Agong mesti melantik peguam negara yang baru seperti yang dinasihatkan oleh perdana menteri, kata peguam pakar Perlembagaan.

Peguam Beri Amaran Pada Agung Lantik Segera Peguam Negara Atau Timbalan Agung Masuk Campur. Peguam Gurdial Singh Nijar
Peguam Beri Amaran Pada Agung Lantik Segera Peguam Negara Atau Timbalan Agung Masuk Campur. Peguam Gurdial Singh Nijar
“Agong mesti bertindak atas nasihat perdana menteri. Tidak ada pilihan.

“Jika baginda tidak berbuat demikian, baik atas alasan kesihatan atau alasan-alasan lain lain, maka Timbalan Yang di-Pertuan Agong boleh campur tangan ,” kata peguam Dr Gurdial Singh Nijar, yang juga bekas pensyarah undang-undang di Universiti Malaya, kepada The Malaysian Insight.

Timbalan kepada Sultan Muhammad V ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

ARTIKEL MENARIK: Peguam Negara perlu mampu pertahankan Islam – Nasrudin



Gurdial mengulas laporan The Malaysian Insight semalam yang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sudah menulis kepada Seri Paduka lebih 10 hari lalu, memohon Peguam Negara Mohamed Apandi Ali dipecat.
Dr Mahathir mahu Apandi digantikan dengan peguam kanan yang juga pakar perlembagaan, Tommy Thomas. Pemilihan Tommy mendapat konsensus empat parti gabungan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Empat parti gabungan dalam PH merasakan pelantikan tokoh yang dihormati dalam bidang perundangan itu akan menghantar isyarat jelas kepada rakyat Malaysia dan dunia yang kerajaan baru ini serius hendak membetulkan institusi negara yang cacat.


Pelantikan itu juga diharap akan menjamin adanya seorang peguam yang cekap dalam perbicaraan yang boleh mengendalikan kes tumpuan termasuk pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Namun surat perdana menteri kepada Seri Paduka itu tidak ada tindakan selanjutnya, membawa kepada ketegangan antara kerajaan dan istana.
Bagaimanapun difahamkan Istana Negara dan Raja-Raja Melayu yang lain mahu perdana menteri mengemukakan calon lain iaitu Melayu dan beragama Islam.
Peguam Gurdial Singh Nijar berkata Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan selain bertindak atas nasihat perdana menteri dalam soal pelantikan peguam negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Jun, 2018.
Seorang lagi peguam, Syahredzan Johan berkata Agong dan Majlis Raja-Raja tiada asas dari segi Perlembagaan untuk campur tangan dalam pelantikan peguam negara.
“Agong tiada budi bicara untuk memilih peguam negara. Baginda mesti melantik berdasarkan nasihat perdana menteri.
“Majlis Raja-Raja pula tiada peranan dalam hal ini. Agong tidak perlu merujuk kepada Majlis Raja-Raja,” kata Syahredzan.
Beliau menambah Perlembagaan Persekutuan tidak mensyaratkan seorang peguam negara mestilah dari etnik tertentu atau menganut agama tertentu.
“Satu-satunya syarat ialah orang itu hendaklah juga layak jadi hakim Mahkamah Persekutuan,” katanya.
Untuk layak jadi hakim Mahkamah Persekutuan, seseorang itu mestilah warganegara Malaysia dan sudah berkhidmat selama sekurang-kurangnya 10 tahun sebagai peguam atau anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan, atau kedua-duanya.
Syarat itu termaktub dalam Perkara 123 Perlembagaan Persekutuan, kata Syahredzan.
Tambah beliau, Agong harus menyegerakan pelantikan peguam negara yang baru ini.
“Walaupun peguamcara negara buat masa ini menjalankan tugas peguam negara, ada banyak kes yang perlu disemak semua oleh peguam negara yang baru, misalnya pertuduhan (rasuah) terhadap (Menteri Kewangan) Lim Guan Eng,” katanya. 3 Mei, 2018. The Malaysian Insight.
Lihat Video DiSiarkan :
Video Player
00:00
00:13
Sumber : Helang Merah
Sumber : rimbabara.com
Sumber : mukamedia.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post