Inilah Biodata Ringkas Anak-Anak Tun Dr. Mahathir Yang Masih Ramai Tak Tahu! Rupa2nya

Inilah Biodata Ringkas Anak-Anak Tun Dr. Mahathir Yang Masih Ramai Tak Tahu! Rupa2nya

Hasil perkahwinan dan perkongsian hidup Tun Dr. Mahathir dengan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah, mereka dikurniakan 4 orang anak dan telah mengambil 3 orang lagi sebagai anak angkat.

Inilah Biodata Ringkas Anak-Anak Tun Dr. Mahathir Yang Masih Ramai Tak Tahu! Rupa2nya
Inilah Biodata Ringkas Anak-Anak Tun Dr. Mahathir Yang Masih Ramai Tak Tahu! Rupa2nya
Keempat-empat anak kandung pasangan ini merupakan individu-individu yang sangat berjaya dengan perniagaan masing-masing. Walaupun ia terpalit dengan pelbagai kontroversi, ramai juga yang mengagumi kejayaan-kejayaan ini.

iluminasi.com ingin berkongsi serba sedikit tentang biodata anak-anak Tun Dr. Mahathir.

ARTIKEL MENARIK: Inilah Sebabnya Kenapa Isu Perlantikkan Peguam Negara Yang Baharu Menjadi Pertikaian…


1. Datin Paduka Marina binti Mahathir



Dilahirkan pada 9 Jun 1957, Marina adalah anak sulung kepada pasangan ini. Beliau merupakan graduan daripada University of Sussex, England dan seorang aktivis sosial di Malaysia. Beliau merupakan pemimpin bagi banyak pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti Yayasan AIDS Malaysia, serta blogger sosio-politik yang aktif.

Marina juga adalah seorang aktivis aktif untuk hak wanita. Pada tahun 2006, beliau telah menyifatkan status wanita Islam di Malaysia seperti yang serupa dengan orang Afrika Hitam di bawah apartheid.

Beliau telah menuntut penghapusan diskriminasi berdasarkan orientasi seksual pada tahun 1998 dan 1999.

Pada tahun 2010, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menganugerahi gelaran “Tokoh Sepanjang Tahun 2010” kepada beliau atas kegigihannya memperjuangkan hak kaum wanita, dan sentiasa lantang dalam kempennya berkaitan kesedaran terhadap HIV dan AIDS.



Pada tahun 2016, beliau sekali lagi dianugerahkan “Chevalier de la Légion d’Honneur” oleh kerajaan Perancis untuk “suara dan karisma beliau dalam banyak sebab”, memetik kerja beliau dengan Majis AIDS Malaysia dan imigran.

Marina pernah berkahwin dengan lelaki Perancis dan mendapat anak perempuan sulung, Ineza. Perkahwinan kedua beliau dengan seorang jurugambar Indonesia terkenal, Tara Sosrowardoyo pada 7 Jun telah dikurniakan 2 anak perempuan dan seorang anak lelaki.
Nilai aset kekayaan Marina dianggarkan bernilai RM80 juta.

2. Mirzan



Mirzan merupakaan graduan Brighton Polytechnic, United Kingdom dengan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Komputer. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke Wharton Business School, Amerika Syarikat dan memperoleh Ijazah Pengurusan Perniagaan.

Beliau mula bekerja dengan IBM World Trade Corporation selama 3 tahun dan kemudiannya mempunyai pengalaman perbankan pelaburan selama 4 tahun dengan Kumpulan Salomon Brothers.


Pada tahun 1990, Mirzan meneroka ke dalam bidang perniagaan dan dilantik ke dalam Lembaga Konsortium Logistik Bhd pada September 1992. Pada Januari 1996, syarikat ini disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Malaysia.



Beliau merupakan pemegang saham utama Konsortium dan memegang jawatan sebagai Pengerusi dan Presiden Eksekutif sehingga tahun 2007. Kini Mirzan adalah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Crescent Capital, pegangan pelaburan Malaysia dan firma penasihat strategik dan kewangan bebas yang diasaskan beliau.

Beliau juga kini menguruskan pelaburannya di Malaysia dan luar negara sambil membantu kolaborasi perniagaan di rantau ini. Antara peranan beliau adalah dalam lembaga di beberapa syarikat lain termasuklah :

Emerson Radio Corporation, Amerika Syarikat
AHB Holdings Berhad
Dataprep Holdings Berhad
Nakamichi Corp Berhad
Dolomite Corp Berhad
Petron Corporation
Sunway Building Technology Berhad
Menurut sumber, kekayaan dan aset-aset Mirzan dianggarkan sebanyak RM780 juta.

3. Tan Sri Mokhzani



Anak ke-3 Tun Mahathir, Tan Sri Mokhzani Mahathir lahir pada 2 Januari 1961. Mokhzani mendapat ijazah Bachelor of Science in Petroleum Engineering di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A.

Beliau bekerja sebagai jurutera petroleum sebelum mengasaskan syarikat pengeluar peralatan minyak, Kencana Petroleum.

Pada tahun 2012, Kencana Petroleum, syarikat di mana Mokhzani adalah CEO dan Pengarah Eksekutif telah bergabung dengan Sapura Crest yang menghasilkan Sapura Kencana (kini Sapura Energy), syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas terbesar di Malaysia.



Beliau juga merupakan pengerusi Litar Sepang, yang menganjurkan Kejohanan Dunia Formula 1 di Malaysia.

Seperti adiknya Mukhriz, Mokhzani juga aktif dalam politik dan pernah menjadi bendahari pemuda UMNO. Hingga tahun 2006, Mokhzani adalah seorang perwakilan UMNO tetapi telah tidak aktif dalam politik. Pada Mei 2007, Mokhzani mengikut jejak langkah ayahnya untuk keluar daripada UMNO.

Mokhzani disenaraikan sebagai orang ke-11 terkaya di Malaysia oleh Forbes dengan nilai harta kekayaan US$1.2 bilion (RM3.81 bilion) pada tahun 2014.

4. Dato’ Seri Mukhriz



Lahir pada tahun 1964, Dato’ Seri Mukhriz adalah anak bongsu kepada pasangan ini. Beliau merupakan Menteri Besar Kedah bagi penggal yang terbaharu. Sama seperti abangnya Mokhzani, Mukhriz mendapat pendidikan menengah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Bharu (kini MRSM Pengkalan Chepa).

Mukhriz kemudiannya menyambungkan pelajaran di Universiti Sophia, Tokyo pada tahun 1982, di mana beliau menerima ijazah sarjana muda dalam pengurusan perniagaan. Pada tahun 1987, beliau menerima sarjana muda dalam pemasaran menamatkan pengajian dari Universiti Boston.

Mukhriz memegang pelbagai jawatan dalam beberapa firma perniagaan, termasuk Opcom Holdings, Kosmo Tech serta Persatuan Francais Malaysia. Beliau juga merupakan pengarah eksekutif Perdana Peace Global Foundation.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau bertanding dengan menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau bertanding untuk kawasan parlimen Jerlun, Kedah dan memenangi dengan mendapaat undi sebanyai 19.424, mengalahkan calon PAS Idris bin Ahmad dengan undian 17,219.



Pada pilihan raya 2013, Mukhriz melepaskan kerusinya di parlimen demi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam. Langkah itu diambil dengan tujuan untuk menjadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional boleh mengalahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Azizan Abdul Razak.

Mukhriz memenangi kerusi Ayer Hitam mengalahkan PAS sekaligus merampas semula kerajaan negeri Barisan Nasional, dan Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 6 Mei, sehari selepas pilihan raya.

Namun pada 3 Februari 2016, beliau mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar selepas majoriti ADUN BN mengisytiharkan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Selepas kemenangan Pakatan Harapan pada PRU-14, beliau telah diangkat memegang jawatan yang sama, menjadikan beliau satu-satunya individu yang pernah memegang jawatan Menteri Besar Kedah sebanyak 2 kali.

Menurut sumber, kekayaan dan aset-aset Mukhriz dianggarkan sebanyak RM540 juta.


sumber: iluminasi.com

Sumber :  Muka Media.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post