‘Nak Ditelan Pahit, Nak Dibuang Sayang, Jadi Kita Kulum Saja’ – Adnan Yaakob

‘Nak Ditelan Pahit, Nak Dibuang Sayang, Jadi Kita Kulum Saja’ – Adnan Yaakob

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengakui jawatan presiden UMNO yang bakal dipegang dalam penggal akan datang merupakan jawatan paling kritikal.

‘Nak Ditelan Pahit, Nak Dibuang Sayang, Jadi Kita Kulum Saja’ – Adnan Yaakob
‘Nak Ditelan Pahit, Nak Dibuang Sayang, Jadi Kita Kulum Saja’ – Adnan Yaakob

Katanya, setakat ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat sebagai individu paling berwibawa untuk mengemudi parti keramat itu.

“Kita tengok Datuk Seri Zahid, kalau saya jadi dia, takkan saya nak berundur pula? Kalau dia berundur dan kita ada calon berwibawa tak apa juga.

“Dalam keadaan sekarang ni, kita pun dalam keadaan rasa bersalah.

“Nak ditelan pahit, nak dibuang sayang, jadi kita kulum saja,” katanya sambil berjenaka dalam sidang media di Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL MENARIK: SPRM Minta Jho Low Tampil Tentang 1MDB Dan Ini Maklum Balas Jho Low Setelah Sekian Lama Diam


Jelas beliau, kalau dilihat dari segi teknikal, ramai yang layak malah ia bergantung kepada kesanggupan seseorang individu.

“Pemilihan kali ni tak ada apa nak rebut pun. Jadi Presiden parti pun bukan boleh jadi Perdana Menteri.

“Kalau bagi saya jadi Presiden secara percuma pun saya tak mahu, bukannya senang!

“Minta maaf cakap la, perkara nombor satu ialah belanja (dana),” katanya lagi.

Bagi Pemilihan UMNO kali ini, Badan Perhubungan UMNO Pahang bersetuju mencalonkan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti akhir bulan ini.

Katanya, UMNO negeri turut mencalonkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Mohd Shakar Shamsudin; Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said; dan Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamed menawarkan diri bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi.

“Bagaimanapun, saya dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memilih untuk tidak bertanding apa-apa jawatan pada pemilihan parti kali ini.


“Mereka dicalonkan kerana menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Mereka juga rapat dengan akar umbi.

“Calon ini diharap akan membantu parti dalam keadaan sekarang (UMNO) menjadi pembangkang di Persekutuan,” katanya lagi.

(Sebelum ini 14 Mei) Adnan Yaakob calon sesuai

14hm13aa_1526266335-1.jpg

KUANTAN 26 APRIL 2018. Calon Barisan Nasional Dun Pelangai, Datuk Seri Adnan Yaakob. NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG

Kuantan: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dilihat calon paling sesuai dilantik sebagai Menteri Besar berdasarkan perkembangan politik semasa negara yang menyaksikan tampuk pemerintahan Kerajaan Pusat bertukar kepada Pakatan Harapan (PH).

Ini kerana Adnan, 68, bukan sahaja membuktikan kemampuannya mengekalkan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ketika negeri ditadbir BN lain ditawan PH tetapi beliau juga mempunyai hubungan baik dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber berkata, hubungan baik antara mereka berdua penting bagi memastikan kelancaran pembangunan di Pahang, malah Dr Mahathir adalah individu yang melantik Adnan sebagai Menteri Besar menggantikan Tun Khalil Yaakob pada 1999.

“Landskap politik kini berubah kerana Kerajaan Pusat ditadbir oleh PH bukan lagi BN, jadi pembawaan seorang Menteri Besar yang bukan datang daripada parti sama adalah penting…agak sukar sekiranya orang baru dilantik dan tidak mempunyai hubungan baik dengan Dr Mahathir.

“Kita tahu Adnan sebelum ini tidak pernah bercakap buruk mengenai Dr Mahathir dan menyatakan dirinya terhutang budi dengannya kerana melantik sebagai Menteri Besar pada 1999, mungkin mudah baginya berurusan dengan Kerajaan Pusat dipimpin PH,” katanya.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Pahang yang sepatutnya diadakan di Istana Abu Bakar, Pekan semalam ditangguhkan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada selewat-lewatnya Rabu depan.

Tengku Abdullah dilaporkan bertitah, ia kerana baginda memerlukan masa untuk membuat keputusan dan mengenal pasti semua anggota kerajaan.

Nama Adnan disebut-sebut untuk mengangkat sumpah pada istiadat berkenaan, sekiranya dilantik semula beliau akan menjadi Menteri Besar paling lama berkhidmat selama 19 tahun di negeri ini.

Pada PRU-14, BN memperoleh 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memperoleh majoriti mudah sekali gus membolehkan kerajaan negeri dibentuk manakala PH pula sembilan kerusi dan PAS lapan kerusi.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, tidak timbul isu perubahan tampuk pemerintahan kerajaan negeri daripada BN kepada PH atau PAS kerana perbezaan jumlah wakil rakyat adalah besar.

“BN ada 25 kerusi dan sekiranya PH serta PAS bergabung pun mereka hanya mempunyai 17 kerusi, Pahang berbeza dengan negeri yang mempunyai majoriti tipis seperti Perak.

“Tiada juga perkembangan ada wakil rakyat BN melompat kepada PH dan PAS, kalau hendak ubah kerajaan ia harus membabitkan jumlah ramai,” katanya.

Selain daripada Adnan, calon lain mungkin dipertimbangkan sebagai Menteri Besar adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang.

Sumber : Astro awani, hmetro

Kredit: Hmedia

Sumber : menujukebenaran.com

Sumber : Muka Media.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post