KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low berkata dia akan membantu siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhada (1MDB) selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggilnya untuk disoal siasat, lapor Bloomberg.
SPRM Minta Jho Low Tampil Tentang 1MDB Dan Ini Maklum Balas Jho Low Setelah Sekian Lama Diam |
Jho Low dianggap sebagai ‘saksi terbaik’ untuk menyediakan maklumat berhubung jenayah yang didakwa membabitkan skandal 1MDB.
Jho Low yang sebelum ini berkata dia tidak melakukan kerja perundingan untuk 1MDB, digambarkan beberapa penyiasat global sebagai dalang di sebalik beberapa skim membabitkan dana yang hilang di syarikat pelaburan negeri itu.
Dia bagaimanapun menafikan sebarang salah laku.
ARTIKEL MENARIK: Gurau Senda Anwar Ibrahim kepada Tun Mahathir yang belum pernah anda saksikan
Penyiasat Malaysia memberi tumpuan kepada SRC iaitu bekas anak syarikat 1MDB ketika memperbaharui siasatan mereka.
SPRM meminta Jho Low tampil untuk membantu siasatan selepas suruhanjaya itu memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk memberi keterangan berhubung SRC.
SPRM turut mencari Pengarah SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil.
Menurut laporan media, Jho Low kini berada di pelbagai negara termasuk Thailand, Hong Kong dan Australia manakala lokasi Nik Faisal tidak diketahui.
SUMBER : MSTAR ONLINE
Jho Low sedia bantu siasatan SPRM
Ahli perniagaan Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, bersedia untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam kenyataan satu perenggan yang dihantar bagi pihaknya, jurucakap Jho Low berkata anak kelahiran Pulau Pinang itu telah mengarahkan peguamnya untuk menghubungi SPRM hari ini.
SPRM hari ini meminta Jho Low dan peguam Nik Faisal Ariff Kamil tampil bagi membantu siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd.
Mereka dikatakan rapat dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dan dikehendaki pihak berkuasa sejak siasatan terhadap SRC International dan 1MDB bermula pada 2015.
Mereka berdua dipercayai berada di luar negara.
Sumber: KiniTV
Sumber : Krengkukeng
Post a Comment