Mat Sabu Berbuka Puasa Atas Kapal Tentera Tetapi Makanan Yang Di Bawa Atas Kapal Membuat Ramai Anggota TLDM Terharu!

Mat Sabu Berbuka Puasa Atas Kapal Tentera Tetapi Makanan Yang Di Bawa Atas Kapal Membuat Ramai Anggota TLDM Terharu!

Sultan Selangor terima menghadap Mat Sabu

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan Mohamad Sabu buat julung kalinya di Istana Bukit Kayangan di sini, sejak Anggota Parlimen Kota Raja itu dilantik sebagai menteri persekutuan pada 21 Mei lepas.

Mat Sabu Berbuka Puasa Atas Kapal Tentera Tetapi Makanan Yang Di Bawa Atas Kapal Membuat Ramai Anggota TLDM Terharu!
Mat Sabu Berbuka Puasa Atas Kapal Tentera Tetapi Makanan Yang Di Bawa Atas Kapal Membuat Ramai Anggota TLDM Terharu!

Sultan Sharafuddin ialah Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Turut menghadap baginda pada pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam itu ialah Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Mohamad, yang ditemui pemberita kemudian, berkata pelbagai topik disentuh baginda untuk perhatian Kementerian Pertahanan, antaranya berkaitan peralatan dan perolehan selain usaha untuk terus memperhebat TLDM.

“Baginda memberi nasihat yang cukup baik supaya kementerian melihat bagaimana untuk memastikan segala aset serta peralatan yang ada sentiasa diletakkan dalam mod siap siaga dan jika ada keperluan pembelian (aset dan peralatan baharu), ia mestilah sesuai dengan kehendak semasa angkatan laut di seluruh dunia.


ARTIKEL MENARIK: ‘Nak Ditelan Pahit, Nak Dibuang Sayang, Jadi Kita Kulum Saja’ – Adnan Yaakob



“Memandangkan Laut China Selatan kini menjadi perebutan kuasa besar, Malaysia (menerusi TLDM) harus sentiasa siap siaga, bukan untuk berperang tetapi sebagai kawalan untuk menjaga kedaulatan tanah air dan perairan negara yang begitu luas,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu Laut China Selatan, Mohamad berkata semasa menghadiri Dialog Shangri-La (SLD) edisi ke-17 di Singapura baru-baru ini, pihaknya menekankan pendirian Malaysia sebagai sebuah negara berkecuali yang tidak menyokong sebarang konflik dibawa ke lautan itu.

Katanya perkara tersebut dibangkit dan dibincangkan dalam dialog yang disertai kira-kira 20 menteri pertahanan seluruh dunia termasuk Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat James Mattis.

“Perairan negara yang melibatkan Laut China Selatan ini luas, disebabkan itu, kita tidak mahu apa-apa konflik antara kuasa besar dibawa ke sini. Kita patuh pada perjanjian Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (Zopfan) hingga sekarang,” katanya

SUMBER : MSTAR ONLINE


MAT SABU BAWA SESUATU UNTUK ANGGOTA TLDM DI ATAS KAPAL TENTERA

KLANG – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu meluangkan masa berbuka puasa bersama pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di atas kapal KD Mahawangsa di perairan Selat Melaka, hari ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu tiba kira-kira jam 5.45 petang dengan menaiki helikopter Super Lynx milik TLDM.

Mohamad kemudian dibawa melawat ke seluruh kapal sebelum diberi taklimat operasi daripada Ketua Staf Operasi Markas Pemerintah Armada Barat, Kepten Azman Rabbani.

Lebih menarik, beliau sempat berkunjung ke bahagian dapur dan membuat demonstrasi membuat kuih semperit selain melihat masakan yang dimasak oleh tukang masak TLDM.

Majlis itu turut dihadiri Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Dalam majlis itu, Mohamad menyampaikan bingkisan raya kepada warga kapal sebelum berbuka puasa serta melaksanakan solat Maghrib secara berjemaah.

Beliau berkata, majlis diadakan di kapal berusia 37 tahun itu bagi menghargai pengorbanan parajurit yang terpaksa berjauhan dengan keluarga pada bulan Ramadan dan Syawal.

“Saya juga lihat wajah warga KD Mahawangsa yang ceria walau jauh dengan keluarga.

“Mereka akan beraya di laut kerana bertugas tetapi kemesraan dan kegigihan mereka bekerja tetap tinggi. Saya teruja dapat bersama dengan mereka kerana semangat mereka tinggi untuk menjalankan tugas,” katanya.

SUMBER : SINAR HARIAN

sumber: http://ohbijok.com

Sumber : http://kakitular.com

Sumber : Muka Media.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post