Macam Tak Boleh Percaya Je, Banyak Sangat Barang Kemas Tu. Ini Jawapan Rosmah Yang Buat Najib Razak Sendiri Pun Terkejut

Macam Tak Boleh Percaya Je, Banyak Sangat Barang Kemas Tu. Ini Jawapan Rosmah Yang Buat Najib Razak Sendiri Pun Terkejut

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak mendakwa bahawa beliau tidak sedar koleksi barangan kemas dan barang-barang lain menyeluruh milik isterinya dan menyatakan bahawa dirinya seperti suami-suami yang lain.

Macam Tak Boleh Percaya Je, Banyak Sangat Barang Kemas Tu. Ini Jawapan Rosmah Yang Buat Najib Razak Sendiri Pun Terkejut
Macam Tak Boleh Percaya Je, Banyak Sangat Barang Kemas Tu. Ini Jawapan Rosmah Yang Buat Najib Razak Sendiri Pun Terkejut
Dalam temu bual eksklusif bersama Malaysiakini pada Rabu, bekas perdana menteri itu berkata, nilai bagi barangan yang dirampas itu subjektif kerana terdapat batu pada barang kemas yang dirampas itu berusia kira-kira 20 tahun.

Malah, nilai ketika sesebuah barangan itu dibeli juga perlu diambil kira, katanya.

“Ia bergantung kepada sumber sesebuah batu. Ia juga bergantung, bila ia dihadiahkan atau bila ia dibeli. Penilaian (bagi barangan tersebut) boleh berubah.

ARTIKEL MENARIK: 90 Ahli Parlimen baharu, jumlah terbanyak dalam sejarah Parlimen Malaysia


“Jadi janganlah kita terlalu teruja. Biar kita lihat barang-barang itu, setiap satu barangan tersebut.

“Kami harap ada peluang ia dibuat penilaian dan kita boleh buat kesimpulan berhubung sumber barangan tersebut serta dapat penjelasan mengenai barangan yang telah dirampas oleh pihak polis,” kata Najib.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai sidang media pihak polis berhubung nilai barangan mewah yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan Najib pada pagi tadi.

Menurut Najib lagi beliau juga tidak diberi senarai lengkap tentang barangan yang disita semasa serbuan polis di rumahnya di Jalan Duta serta di tiga unit kondominium di Pavillion Residences di Kuala Lumpur pada bulan lalu.

Kata bekas perdana menteri itu, beliau hanya diberi senarai yang tidak lengkap beserta penerangan yang tidak jelas tanpa gambar barangan yang dirampas.

“Tetapi apa yang saya tahu, selama bertahun-tahun sebagai ketua kerajaan, kami dihadiahkan dengan pelbagai barangan oleh pemimpin antarabangsa serta rakan-rakan peribadi.


“Saya tahu ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah. Sebagai contoh, (perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) mengaku beliau menerima 40 ekor kuda daripada rakannya dan beliau juga secara terbuka menggunakan banyak jet korporat kawannya. Jadi ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah,” ujarnya.

ROSMAH SENDIRI TERKEJUT DENGAN BARANG SEBANYAK ITU

Selain itu, ditanya jika beliau ada bercakap dengan isterinya berhubung pendedahan terkini yang dibuat pihak polis pagi ini, Najib berkata Rosmah sendiri terkejut dengan jumlah yang diumumkan.

“Saya fikir penilaian itu… dia (Rosmah) tidak percaya jumlahnya seperti itu. Dan beberapa barangan juga, seperti barangan kemas, ia mempunyai rekod bahawa ia dikirim. Jadi kita perlu mengenal pasti barang-barang itu dan memulangkannya (kepada pengirim),” kata Najib.

Najib turut memberitahu, terdapat barangan kemas yang dirampas bukan milik Rosmah.

Malah, terdapat juga barangan yang dirampas milik anak perempuannya Nooryana Najwa, suaminya serta ibu mertuanya.

Beliau juga mendakwa, pemilik barang kemas yang menghantar barangan tersebut kepada pihaknya untuk tujuan tontonan - kini membuat tuntutan supaya barang tersebut dipulangkan semula.

Ini salah satu yang diberi untuk tontonan sahaja.

Wartawan FB

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post