SHAH ALAM: Kemelut rumah tangga penyanyi popular, Ziana Zain dan suaminya, Armin Zaharin Ahmad, 53, terus berpanjangan apabila Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis menetapkan 12 Julai depan untuk perlantikan hakam keluarga.
Terus Berpanjangan, Bersabarlah Ziana! “20 Tahun Saya Boleh Sabar…” Ziana harap Armin Beri Kerjasama Untuk Cerai |
Mohd. Nizar turut mengeluarkan notis kehadiran kepada Armin bagi tarikh sebutan semula kes itu.
ARTIKEL MENARIK: Nazim Othman Tayang Foto Separuh Bogel Dengan Gaya Menggiurkan, Dah Kenapa??
“Berdasarkan laporan (jawatankuasa pendamai) tersebut, kedua-dua mereka bersetuju bercerai secara baik dalam mahkamah bagi menyelesaikan kemelut itu, sekiranya tidak tercapai disyorkan pembentukan sebuah jawatankuasa hakam selaras Seksyen 48 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Gambar kenangan Ziana dan Armin.
“Kedua-dua mereka tidak tinggal bersama sejak Februari lalu dan mahkamah percaya tanggungjawab tidak boleh dilaksanakan serta syiqa’ (perbalahan suami isteri dalam perkahwinan) sering berlaku (sebelum ini).
“Kedua-dua pihak juga bersetuju hak-hak berkaitan suami isteri dan anak-anak akan diselesaikan nanti,” katanya.
Dalam prosiding tersebut, Ziana Zain atau nama sebenar atau nama sebenarya Siti Roziana Zin, 50, yang hadir dengan memakai baju kurung bercorak bunga berwarna biru diwakili Peguam Syarie, Yusfa Hanis Yussoff.
Sementara Ziana yang ditemui memberitahu dia reda dan bersabar apabila kes perceraian itu masih belum dapat diselesaikan seperti diharapkan.
Ziana berkata, beliau akan mengikut prosedur yang ditetapkan mahkamah dan yakin ia dapat diselesaikan dengan baik sama ada cepat atau lambat.
“Kalau 20 tahun saya boleh bersabar, jadi sikit lagi saya kena bersabar. Buat masa ini saya hanya ikut prosedur yang ditetapkan mahkamah dan saya berharap semuanya akan diselesaikan dengan baik,” ujarnya kepada mStar Online.
Ziana turut berharap suaminya dapat memberi kerjasama dengan baik dalam menyelesaikan perkara berkenaan.
Ziana ditemani adiknya, Anuar Zain (kanan). Foto: Norafifi Ehsan
“Kalau kita ada tanggungjawab dan rasa hormat antara satu sama lain, kita patut hadir dan selesai dengan baik. Kita juga nak teruskan hidup masing-masing. Saya sudah lama reda,” ujarnya.
Turut hadir pada prosiding itu adalah adik Ziana yang merupakan penyanyi, Shahrul Anuar Zain atau Anuar Zain.
Pada 3 April lalu, Ziana yang popular dengan lagu Berpisah Jua menfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadap penyanyi tersebut.
Difahamkan fail tuntutan penceraian itu berkaitan penderaan mental dialaminya, nafkah dan kes dera anak-anak mereka.
Tags / Kata Kunci: Ziana Zain , Armin Zaharin
Sumber: Mstar
Post a Comment