Bermula 16 Julai ini, Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Keempat Belas diadakan dan menyaksikan penampilan julung kalinya 90 Anggota Parlimen (MP) yang baharu.
90 Ahli Parlimen baharu, jumlah terbanyak dalam sejarah Parlimen Malaysia |
ARTIKEL MENARIK: Ini Rupanya “Bijan” Yang Hangat Dipersoalkan. Kalau Anda Tengok Mesti Terkejut.
Kredit: The Malaysian Insight
“Ini merupakan Hari Ini Dalam Sejarah. Lanskap Parlimen pada kali ini amat berbeza kerana kita dapat menyaksikan ada (anggota Parlimen) yang senior dan yang sangat-sangat muda seperti Yang Berhormat P. Prabakaran (Anggota Parlimen Batu) yang masih merupakan seorang pelajar,” kata Rosmee selepas Majlis Taklimat Ahli-Ahli Dewan Rakyat Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat.
Kredit: Siakap Keli
Jelas beliau lagi, sesi taklimat tersebut adalah penting terutamanya bagi kesemua anggota baharu untuk memahami peraturan Dewan Rakyat. Antaranya seperti sesi pertanyaan jawab lisan dan bagaimana proses rang undang-undang itu dikemukakan.
Pada masa yang sama, sidang Parlimen ke-14 yang akan berlangsung selama 20 hari itu juga akan mempamerkan kemunculan semula 11 anggota Parlimen yang pernah berkhidmat sebagai MP sidang Parlimen sebelum ini dan berjaya dipilih semula dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang melabuhkan tirainya pada 9 Mei lalu.
Kredit: MalaysiaKini
Di samping itu, sesi taklimat tersebut turut menerangkan tentang persiapan hari pertama persidangan yang akan berlangsung pada 16 Julai ini. Antara acara yang akan disaksikan adalah pemilihan dan pemahsyuran Yang Dipertua Dewan Rakyat serta upacara angkat sumpah 222 anggota Parlimen.
Kredit: Sinar Online
Bagaimanapun, Rosmee menjelaskan bahawa calon Yang Dipertua Dewan Rakyat masih lagi belum diputuskan. Pencalonan jawatan tersebut harus dikemukakan dalam tempoh 14 hari sebelum Parlimen mula bersidang atau selewat-lewatnya Isnin hadapan (2 Julai 2018).
Kredit: msn
“Selepas itu, kita boleh mengatur tempat duduk lain seperti susunan kekananan penyokong kerajaan dan juga susunan pihak pembangkang di sebelah kiri.”
Sumber: MalaysiaKini, Sinar Online
Via Era Baru
Post a Comment