Top Ad 728x90

Friday, 8 June 2018

Akhirnya SPRM Buat Kali Pertama Meminta Jho Low Tampil Untuk Disoal Siasat.

loading...

BUAT julung kalinya sejak skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbongkar, kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi meminta jutawan Low Taek Jho tampil untuk disoal siasat.

Akhirnya SPRM Buat Kali Pertama Meminta Jho Low Tampil Untuk Disoal Siasat.
Akhirnya SPRM Buat Kali Pertama Meminta Jho Low Tampil Untuk Disoal Siasat.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencari Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low dan Nik Faisal Ariff Kamil untuk membantu siasatan dalam kes SRC International Sdn Bhd, salah satu anak syarikat 1MDB.

Agensi anti rasuah itu berkata Nik Faisal mempunyai maklumat penting kerana beliau pengarah dan CEO SRC International ketika syarikat itu ditubuhkan pada 2011.

ARTIKEL MENARIK: “Saya penyabar tapi jangan melampaui batas”, kata Najib


SPRM turut mendedahkan nombor kad pengenalan Nik Faisal dan alamat terakhir diketahui di No. 17 dan 19, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor.

Low, 36, diketahui adalah rakan rapat dan penasihat perniagaan kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menuduhnya menjadi dalang di sebalik skandal 1MDB yang menyaksikan berbilion wang diselewengkan daripada syarikat pelaburan negara itu.

Walaupun tidak pernah memegang jawatan rasmi dalam 1MDB, beliau dikatakan menjadi salah seorang benefisiari dana yang kemudian digunakan bagi pembelian hartanah mewah dan aset seperti kapal layar, lukisan dan barang kemas.


Di mana Low berada tidak diketahui selama ini. Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini berkata kerajaan “secara kasarnya” tahu di mana ahli perniagaan itu berada.

Alamat terakhir Low ialah 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Orang ramai yang ada maklumat tentang mereka diminta menghubungi pegawai penyiasat, SAC Rosli Husain di talian 03-88700529 atau 010-3187757, atau emel roslihusain@sprm.gov.my.

Sumber : Sayap Hitam Dot Com.

-----------------------------------------------------------------
loading...

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90